Pengurus England, Gareth Southgate mengakui penyerang Leeds United, Patrick Bamford ‘sangat malang’ kerana tidak dapat dipanggil untuk senarai terbaharu 26 pemain skuad kebangsaan England.
Southgate memilih untuk menyenaraikan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins yang dianggap mempunyai prestasi yang lebih memberangsangkan sejak kebelakangan ini selain beberapa faktor lain.
Bamford dan Watkins kedua-dua membuat kejutan pada musim ini dengan masing-masing telah menjaringkan lebih 10 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Patrick Bamford this season (PL Rank) 🌟
Goals from Open Play | 12 (=1st)
Shots On Target | 35 (1st)
non-penalty xG | 13.2 (1st)
Headed Shots | 27 (1st)
Hat-tricks | 1 (=1st)
Goal Contributions | 18 (4th)No call up? 🏴 pic.twitter.com/r2x5H8mXPr
— CLUB (@clubgame_app) March 18, 2021
Dengan penyerang Chelsea, Tammy Abraham bergelut untuk mendapatkan minit permainan di bawah kendalian Thomas Tuchel , maka Southgate memerlukan seorang penyerang lain untuk menjadi sandaran kepada Harry Kane dan Dominic Calvert-Lewin.
Bagaimanapun jurulatih berusia 50 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Bamford dalam panggilan yang akan datang sekiranya penyerang Leeds United itu terus konsisten dengan prestasi cemerlangnya.
“Kami merasakan ada keperluan untuk memanggil penyerang ekstra untuk skuad ini, kedua-dua Ollie dan Patrick mempunyai rekod jaringan yang cukup memberangsangkan,” ujar Southgate.
“Kami suka personaliti kedua-duanya, tetapi ada beberapa faktor yang membuatkan kami memilih Ollie. Kami suka dengan cara dia memberi tekanan, kelajuan lariannya dan dia telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan walaupun ini merupakan musim pertamanya di EPL.”
• Patrick Bamford ends the night with a goal and an assist.
•Harry Kane is the only English player with more Premier League goals this season
Was it a mistake to leave him out of the England squad? 🤔 pic.twitter.com/uxnOP7O0nA
— 90min (@90min_Football) March 19, 2021
Dengan perkembangan ini, Bamford sudah boleh memikirkan satu lagi kemungkinan iaitu beraksi untuk negara lain iaitu negara kelahiran datuknya, Republik Ireland.
Beliau pernah beraksi bersama skuad Republik Ireland bawah 18 tahun (B-18) sebelum dipanggil mewakili skuad England B-18, B-19 dan B-21.
Sebelum ini dua pegurus Ireland, Martin O’Neill dan Mick McCarthy pernah ‘merisik’ Bamford, tetapi pemain berusia 27 tahun itu dengan jujur menjelaskan bahawa impiannya adalah beraksi untuk negara kelahirannya, England.
“Saya hanya perlu terus bekerja keras dan lihat sama ada nama saya akan tersenarai untuk kejohanan Euro,” ujar Bamford kepada SkySports.
“Jika pada awal musim saya kata mahu beraksi untuk England, tentu kamu kata saya bergurau. Tetapi lihatlah sekarang, saya telah lakukan yang terbaik dan percaya masa saya akan tiba satu masa nanti.”
Dalam pada itu, Southgate turut memanggil beberapa pemain yang sebelum ini ‘tenggelam’ tetapi telah bangkit dengan prestasi mengkagumkan iaitu Jesse Lingard, Luke Shaw dan John Stones.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: