Rusia 2018: Southgate Belum Buat Keputusan Posisi Nombor 1 England

Pengurus England, Gareth Southgate mengakui belum membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi benteng terakhir England di Piala Dunia 2018, Jun depan.

Southgate baru-baru ini telah menyenaraikan tiga penjaga gol untuk dipertimbangkan iaitu Jack Butland, Jordan Pickford dan Nick Pope untuk skuad Piala Dunia England.

“Kami tahu apa yang kami mahu lihat untuk posisi tersebut dan kami jelas mengenai apa yang kami mahukan. Tidak perlu saya nyatakan secara umum mengenai perkara itu,” ujarnya.

“Saya telah jelaskan apa yang kami mahu lihat dalam dua perlawanan persahabatan ini kepada pemain dan saya belum buat keputusan mengenai senarai pemain,” jelasnya lagi.

Ia jelas keputusan besar yang perlu difikirkan oleh Southgate selepas menggugurkan pilihan utamanya sebelum ini, Joe Hart daripada senarai penjaga gol untuk ke Piala Dunia.

england
Foto: Reuters.

Pope adalah calon pendahulu dan terbaik jika dilihat kepada persembahannya bersama Burnley musim ini. Dia hanya melepaskan 22 gol daripada 27 penampilan liga.

Selain itu, dia merekodkan peratusan menyelamat kedua tertinggi di liga iaitu 75.3% serta merupakan penjaga gol England yang memiliki rekod cleansheet tertinggi iaitu 11.

Walaubagaimanapun, Pope belum pernah beraksi untuk England dan hanya beraksi bermula September bersama Burnley, menjadikan dia secara ‘amalan biasa’ adalah pilihan ketiga.

Mengikut statistik, antara Butland dan Pickford pula, Butland jelas memiliki rekod yang lebih baik dari segi peratusan menyelamat gawang berbanding Pickford iaitu 70.6%.

england
Foto: Whoscored

Bekas penjaga gol, Peter Shilton yang merupakan antara pemegang kaps terbanyak buat England iaitu 125 penampilan percaya Pickford harus menjadi pilihan utama.

“Southgate mahu England bermain daripada bawah dan Pickford sangat bagus menggunakan kakinya. Dia mempunyai hantaran yang luar biasa,” jelas Silton kepada Skysports.

Shilton juga menjelaskan yang kedua-dua penjaga gawang England itu melalui musim yang baik bersama Everton dan Stoke namun mengakui Butland sedikit bergelut bersama Stoke.

“Mereka raih beberapa kemenangan 1-0 atas faktornya (Pickford) dan Butland telah melalui musim yang baik bersama Stoke, memandangkan status pasukannya yang bergelut.

“Buat masa ini, saya merasakan yang Pickford telah sedikit mengatasi Butland,” jelasnya lagi yang memiliki dua kejuaraan Eropah bersama Nottingham Forest.

England akan menghadapi Nigeria awal pagi nanti di Stadium Wembley dan kemudian akan menentang Costa Rica pada 8 Jun depan untuk melengkapkan sesi pra-Piala Dunia mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN