Southgate Mengakui Jumlah Pemain Muda Berbakat England Semakin Mengecil

England

Pengurus England, Gareth Southgate mengakui masalah kekurangan bakat muda di Liga Perdana menyukarkannya membuat pilihan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan pemain senior dalam skuad England.

Southgate berkata demikian selepas beliau pertama kali berjaya membawa England layak ke peringkat separuh akhir kempen Piala Dunia 2018 dan kini sedang mempersiapkan pasukan menghadapi kelayakan EURO 2020.

Selepas bercakap dengan bos England, Southgate, mengetepikan bintang senior, Gary Cahill dan Jamie Vardy dari arena bola sepak antarabangsa bagi membawa masuk pemain lebih muda. Pemain veteran, Ashley Young juga mengumumkan persaraannya.

https://twitter.com/City_Watch/status/1033469214051500036

Bagaimanapun, Southgate tidak menolak kemungkinan untuk memanggil ramai pemain muda bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan menentang Sepanyol dan Switzerland, bulan depan.

Di sebalik dilema itu, Southgate mengakui terpaksa menguggurkan ramai pemain England yang beraksi di Liga Perdana bagi memberi peluang kepada bintang muda berpotensi yang sedang beraksi di Liga Kejuaraan.

Penjaga gol Stoke, Jack Butland mengekal kedudukan disebalik penyingkiran Potter musim lalu dan Southgate berkata, “Saya tidak boleh mendapatkan pemain untuk menghadapi pertandingan kerana bakat semakin mengecil.

“Memang terdapat banyak perubahan positif berlaku yang membawa kita berada di tahap sekarang.

“Namun masih banyak ruang untuk kita membawa masuk pemain berusia antara 17 hingga 21 tahun ke skuad utama dan kedudukan kewangan kelab Liga Perdana turut memberi kesan besar.

“Saya rasa kita sudah lama berdebat dan mengadakan perbincangan meja bulat mengenai masalah ini.

“Jika kita menggalakan ramai pemain muda memasuki akademi bola sepak, kita akan memberikan mereka mempunyai impian sendiri,”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN