Pemain pertahanan England iaitu Joe Gomez telah menerima ejekan daripada penyokong England sendiri. Joe Gomez telah diboo oleh para penyokong England ketika beliau masuk menggantikan Mason Mount – dalam aksi kelayakan Euro 2020, England vs Montenegro.
https://twitter.com/360Sources/status/1195240748641337344?s=19
Beberapa penyokong England tidak berpuas hati dengan Gomez selepas insiden konfrontasi fizikal dengan Raheem Sterling di kem latihan England.
Ianya telah membuat bahagian bawah mata dan leher Gomez calar.
Gareth Southgate memutuskan untuk menggugurkan nama Raheem Sterling dalam aksi menentang Montenegro.
Gareth Southgate on his decision to drop Raheem Sterling for one match after his altercation with Joe Gomez…
🗣"I made the right decision " pic.twitter.com/6BnLooNbnc
— Football Daily (@footballdaily) November 13, 2019
England menang dalam perlawanan tersebut dengan jaringan 7-0. Kapten pasukan England, Harry Kane berjaya meledak hatrik.
Marcus Rashford, Alex Oxlade-Chamberlain dengan Tammy Abraham juga berada dalam senarai penjaring. Manakala satu lagi gol adalah daripada jaringan sendiri pemain Montenegro.
Berbalik kepada insiden ejekan kepada Joe Gomez, ketua jurulatih pasukan England, Gareth Southgate, menganggap perkara itu sebagai tidak boleh diterima dan salah.
Hal ini Kerana setiap pemain yang menyarung jersi kebangsaan England mereka harus diberikan sokongan bukannya diejek.
Southgate berkata: “Gomez tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dan tiada seorang pemain England yang patut menerima ejekan. Saya sudah menjelaskan tentang perkara tersebut sebelum ini Dan saya tidak faham kenapa perkara ini boleh berlaku.”
"I don't understand it. Joe has done nothing wrong."
Gareth Southgate has commented on the audible boos as Joe Gomez was subbed on against Montenegro.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 14, 2019
Sejurus selepas tamat perlawanan, Raheem Sterling menyatakan kekesalan dan kekecewaan beliau di atas apa yang berlaku.
Menurut Raheem Sterling, Gomez tidak bersalah dan tidak membalas serangan beliau.
especially after a difficult week for him to be booed when he came on tonight was wrong.
I’ve taken full responsibility and accepted the consequence.
I felt as though I had to say this get home safe every one ❤️ #Euro2020— Raheem Sterling (@sterling7) November 14, 2019
Tugasan seterusnya untuk pasukan England adalah Kosovo. Raheem Sterling dijangka akan diberikan peluang untuk beraksi.
Mungkin kem England harus belajar daripada Sergio Ramos dan Gerard Pique berkaitan perseteruan di kelab dan apabila tiba ke kem kebangsaan.