Gareth Southgate dedah alasan sebenar mengapa beliau tetap menyenaraikan pemain seperti Ben Chilwell, Harry Maguire, Luke Shaw dan Kalvin Phillips untuk sertai skuad kebangsaan England.
Pengurus skuad kebangsaan England itu semalam telah mendedahkan senarai 28 pemain untuk sertai skuad The Three Lions bagi berdepan Itali dan Jerman pada 23 dan 26 September nanti dalam aksi saingan UEFA Nations League.
Ivan Toney buat pertama kalinya telan dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England selepas Marcus Rashford terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
🏴 Harry Maguire this season:
👤 4 apps
📉 4 losses
❌ 8 goals conceded
🧢 Picked for England squadGareth Southgate, football genius 🤥 pic.twitter.com/uoZJhTw5hZ
— ODDSbible (@ODDSbible) September 15, 2022
Walau bagaimanapun, para peminat sedikit kecewa melihat senarai 28 pemain yang dipilih oleh Gareth Southgate itu, kerana mereka merasakan ramai antara mereka tak layak untuk mendapat tempat.
Keputusan Southgate untuk memanggil pemain seperti Ben Chilwell, Harry Maguire, Luke Shaw dan Kalvin Phillips sepertinya telah mengundang kemarahan para peminat di media sosial.
Para peminat merasakan kesemua pemain itu tak sepatutnya dipanggil kerana mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika beraksi bersama kelab masing-masing.
Bahkan mereka juga bukanlah pemain pilihan utama kelab masing-masing pada ketika ini dan kerana itulah peminat merasakan tak adil untuk melihat mereka dipanggil menyertai skuad kebangsaan England.
Gareth Southgate has named a 28-man squad for our #ThreeLions' upcoming games against Italy and Germany:
— England (@England) September 15, 2022
Pengurus skuad kebangsaan England itu kini tampil mempertahankan keputusan beliau dan menjelaskan mengapa beliau memilih kesemua pemain tersebut walau mereka kurang minit permainan.
“Jelas sekali, kita ada beberapa pemain termasuk Ben Chilwell, Harry Maguire, Luke Shaw dan Kalvin Phillips yang kurang bermain bersama kelab mereka.”
Jelas Gareth Southgate ketika bercakap tentang mengapa beliau memilih pemain yang kurang minit permainan untuk sertai skuadnya.
“Ia bukanlah sesuatu yang ideal, tapi kami rasa mereka semua telah pun dan tentu saja akan menjadi pemain yang penting untuk kita. Ini bukan situasi yang sempurna tapi masih banyak perlawanan yang perlu dihadapi sebelum Qatar nanti.”
Harry Maguire chosen over Ben White.
Gareth Southgate, grow up. 🤬 pic.twitter.com/swuBTvMikC
— TroopzTV (@TheRealTroopzTV) September 15, 2022
Penjelasan dari Southgate jelas sekali tidak akan diterima dengan baik oleh para peminat, apa lagi memikirkan ramai pemain yang sedang berada di tahap prestasi terbaik mereka tidak disenaraikan dalam senarai kali ini.
Berikut merupakan senarai 28 pemain yang disenaraikan oleh Gareth Southgate untuk aksi UEFA Nations League nanti.
Penjaga gol: Dean Henderson, Nick Pope, Aaron Ramsdale
Pertahanan: Trent Alexander-Arnold, Ben Chilwell, Conor Coady, Eric Dier, Marc Guehi, Reece James, Harry Maguire, Luke Shaw, John Stones, Fikayo Tomori, Kieran Trippier, Kyle Walker.
https://twitter.com/LeedsRadar/status/1570417679076564993?s=20&t=LOKDSfAXCRuq5prJECVTbQ
Midfield: Jude Bellingham, Mason Mount, Kalvin Phillips, Declan Rice, James Ward-Prowse.
Penyerang: Tammy Abraham, Jarrod Bowen, Phil Foden, Jack Grealish, Harry Kane, Bukayo Saka, Raheem Sterling, Ivan Toney.