Southgate Berpuas Hati Dengan Prestasi Skuad England

Kejayaan skuad England menewaskan Belanda yang dibimbing oleh pengendali baharu, Ronald Koeman memberikan rasa gembira di hati pengendali England Gareth Southgate.

Jaringan tunggal daripada pemain Manchester United, Jesse Lingard pada minit ke 59 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa itu sudah cukup untuk memastikan England memperoleh semangat tambahan untuk menghadapi saingan Piala Dunia di Russia.

Southgate mengakui barisan pemainnya telah berjaya mengembalikan keseronokan bermain bola sepak untuk negara itu selepas menewaskan Belanda.

Beliau berkata kemenangan tersebut telah menunjukkan pemain-pemainnya ghairah membuktikan kemampuan pasukan kebangsaan selepas menyaksikan England mendominasi sebahagian besar perlawanan ketika mengalahkan The Oranje.

“Kini, ramai pemain kami menunjukkan perkembangan positif dan mengujakan selepas mereka dilihat begitu seronok bermain bola pada malam ini (semalam) dan menikmatinya.

“Kami memiliki beberapa jenis pemain yang datang (ke skuad kebangsaan) sejak beberapa tahun lalu dan kali ini, saya mahu mereka bermain dengan kebebasan.

“Mereka memiliki keupayaan untuk bermain pelbagai cara, rentak dan mereka merupakan pemain-pemain bola sepak yang pintar. Saya tidak mahu mengganggu rentak mereka bermain.

“Kami masih memerlukan kualiti tetapi England berhak dengan kemena-ngan ini,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN