Southgate Anggap Penyingkiran Jerman Sebagai Amaran Buat England

England
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Gareth Southgate menyifatkan penyingkiran Jerman daripada Piala Dunia 2018 selepas kekalahan 0-2 kepada Korea Selatan merupakan amaran kepada pasukannya tetapi tidak menggugat persiapan skuad England dan mereka akan beraksi bermati-matian untuk aksi terakhir Kumpulan G menentang Belgium.

Perdebatan pertembungan dengan Belgium sebelum ini tertumpu kepada sama ada England mampu muncul juara peringkat kumpulan selain cuba mengelak potensi pertemuan dengan juara bertahan, Jerman di suku akhir.

Namun selepas Jerman tersingkir, persoalan kini tertumpu kepada Southgate sama ada laluan England ke pentas final ketika ini lebih mudah ataupun sebaliknya.

“Kami belum memenangi perlawanan di peringkat kalah mati di Piala Dunia sejak 2006 dan kenapa kami perlu membuat perancangan berkaitan venue manakah yang mungkin kami beaksi di separuh akhir nanti adalah di luar kemampuan saya,” kata Southgate.

“Kami tidak mempunyai idea siapa, bila atau di mana kami akan bermain di pusingan seterusnya tetapi kami gembira dengan kedudukan ketika ini.

“Saya tidak fikir (penyingkiran Jerman) meninggalkan kesan kepada kami. Ini menunjukkan dengan Itali dan Belanda terkeluar sebelum kejohanan lagi, Chile yang berada di final Piala Konfederasi dan kini Jerman, kamu tidak boleh kekal tenang dan melepaskan peluang untuk terus menunjukkan peningkatan secara konsisten.”

Penamat di tangga kedua kumpulan buat England mungkin bermakna Sweden bakal menjadi lawan mereka di suku akhir sekiranya melepasi peringkat 16 terbaik.

Southgate bagaimanapun menegaskan yang mereka tetap memburu tiga mata ketika menentang Belgium nanti dan pasukan kendaliannya sudah bersiap sedia untuk bertemu prospek yang lebih sukar selepas ini.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Kami mahu menang perlawanan ini yang mungkin mengungguli kedudukan kumpulan. Kami sedia bertemu siapa saja lawan di pusingan seterusnya.

“Saya cuba membina mentaliti kemenangan. Saya tidak boleh membayangkan situasi di mana saya perlu berdiri di depan pemain dan mula bercakap kepada mereka mengenai perkara lain.

“Kami mempunyai peluang pada perlawanan persahabatan untuk bertemu pasukan yang mungkin lebih mudah tetapi kami memilih untuk beraksi dengan pasukan lebih baik kerana kami tahu ia menyediakan lebih cabaran. Kami harus terus membangunkan kepercayaan itu dan membina pengalaman itu.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN