EPL 2017/18: Southampton Tagih Formula Mauricio Pellegrino, Kembalikan DNA ‘The Saints’

Musim lalu Southampton menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan ke-8 selain daripada melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala EFL sebelum tewas kepada Manchester United.

Secara keseluruhan, ia bukanlah satu pencapaian yang teruk, mengambil kira skuad sedia ada dan pelaburan yang dilaburkan oleh pemegang taruh kelab yang berpengkalan di St. Mary’s ini.

Bagaimanapun, kami yakin pengurusan The Saints mempunyai sebab tersendiri untuk tidak meneruskan kontrak Claude Puel dan melantik Mauricio Pellegrino selepas tamat saingan musim lalu.

Pembentukkan Skuad

Southampton adalah sebuah kelab yang beroperasi dengan bajet yang rendah. Untuk tempoh sedekad yang lalu, kita menyaksikan Southampton lebih gemar menggunakan produk dari akademi mereka sendiri.

Anda pasti ingat akan nama-nama seperti Gareth Bale, Theo Walcot, Luke Shaw, dan juga Nathaniel Clyne yang pernah mewarnai kesebelasan utama di Stadium St.Mary’s.

Sehingga kini, Southampton agak pasif di dalam pasaran jendela perpindahan pemain. Hanya pemain pertahanan, Jan Bednarek (gambar bawah) merupakan satu-satunya pembelian Pellegrino setakat ini.

(Photo by Matt Watson/Southampton FC via Getty Images)

Masuk:

1. Jan Bednarek (Pertahanan Tengah, dari Lech Poznan)

Keluar:

1. Jay Rodriguez (Penyerang, ke West Brom)
2. Lloyd Isgrove (Sayap kiri, ke Barnsley FC)
3. Cuco Martina (Bek kanan, ke Everton)
4. Martin Caceres (Pertahanan tengah, dilepaskan)

Squad depth

Jika kemampuan kewangan diandaikan untuk mengukur kekuatan skuad Southampton, maka wajar Southampton dilabel sebagai sebuah pasukan yang memiliki depth yang teruk.

Sepanjang perlawanan pra musim, kita dapat menyaksikan beberapa nama pemain dari akademi diserap masuk seperti Matt Target, Jack Stephens, Pierre-Emile Højbjerg, James McQueen dan juga Nathan Redmond (gambar bawah) yang sudah membuktikan kemampuannya sebelum ini.

. (Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Jika ada penambahan yang perlu dilakukan, ia adalah bahagian serangan. Ini adalah untuk membenarkan Pellegrino memiliki pemain yang mampu bermain di dalam rangkaian 2 penyerang.

Situasi Virgil van Dijk yang tidak menentu juga memungkinkan Pelegrino untuk membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan tengah yang berpengalaman.

Buat masa ini kami tidak melihat dua kemungkinan itu akan berlaku.

Taktikal

Ketika bersama Deportivo Alaves di La Liga, Mauricio Pellegrino bijak untuk melakukan pertukaran formasi di dalam pasukannya.

Pertukaran formasi ini bukan sekadar belaku melalui 2 perlawanan yang berbeza. Malah pasukan bimbingannya mampu menukar formasi ketika di dalam permainan.

(Photo by Simon Hausberger/Getty Images)

Anda tidak akan menyedari bagaimana formasi 5-3-2 yang sinonim dengan Pellegrino tiba-tiba sahaja berubah kepada sistem yang lebih klasik iaitu 4-4-2.

Musim lepas, Pellegrino turut membawa Deportivo Alaves mengejutkan Barcelona dengan jaringan 2-1 di dalam saingan La Liga. Ketika itu, Pellegrino memilih untuk menggunakan formasi 4-5-1.

Ini menunjukkan pengurus berbangsa Argentina ini gemar mengubah formasi berdasarkan taktikal dan lawan yang dihadapi.

Berdasarkan pemerhatian kami, formasi pilihan utama Pelegrino pada musim lepas adalah 5-3-2.

Untuk melakukan transisi sebegini, posisi duo pertahanan tengah memainkan peranan yang penting di dalam taktikal Pellegrino.

Ketika di bawah kendalian Claude Puel, Southampton kelihatan seperti tidak mempunyai identiti taktikal sepertimana di era Koeman dan Pochettino.

Kehadiran Pellegrino akan menyelesaikan masalah ini. Sepertimana ketika bersama Deportivo Alaves, kita menjangkakan corak permainan pressing/counterpressing dan serangan balas pantas yang mampu mengucarkacirkan pertahanan lawan.

Southampton sudah pun mempunyai pemain bek yang boleh dieksploitasikan sebagai pemain bek sayap – Cedric Soares  (gambar bawah)dan Ryan Bertrand.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Di bahagian tengah, Pellegrino boleh menggunakan formasi dan kualiti kerja keras pemain seperti Oriol Romeu, James Ward-Prowse dan juga Jordy Clasie dalam rangkaian 3 pemain tengah.

Untuk melengkapkan 5 pertahanan, Pellegrino mungkin mempunyai masalah dengan status Virgil van Dijk yang kelihatan akan meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun demikian, pengendali Argentina ini masih memiliki 3 pertahanan yang mampu menggalas tugasan sebagai bek bertiga seperti Jack Stephens, Jan Bednarek dan juga Maya Yoshida

Manolo Gabiadiani dan Dusan Tadic atau pun Shane Long akan terus menjadi sandaran Southampton untuk memburu jaringan jika tiada penambahan pemain di posisi serangan pada jendela perpindahan pada musim panas ini.

Kualiti pasukan

Southampton adalah salah sebuah kelab yang sering bergumul untuk menyimpan pasukan terbaiknya. Namun pada musim panas ini, mereka menunjukkan indikasi ingin mengekalkan pemain utama mereka untuk saingan pada musim hadapan.

Sukar untuk menjangkakan masa hadapan Virgil van Dijk di St. Mary’s. Tetapi mesej Southampton adalah jelas. Mereka mahu tampil dengan kekuatan yang sama pada musim lalu dengan kualiti taktikal yang mereka percaya mampu membawa mereka ke hadapan.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Pellegrino bukanlah pengendali yang asing dalam mengendalikan pasukan dengan bajet yang kecil. Pada musim lalu, Pellegrino telah membuktikannya di dalam saingan La Liga bersama Deportivo Alaves.

Walaupun kelab yang bepengkalan di Basque itu tampil dengan bajet yang kecil, mereka mampu bersaing untuk menduduki tangga ke-9 La Liga, selain muncul di perlawanan akhir Copa del Rey.

Majoriti pemain Deportivo Alaves juga berasal daripada wilayah Basque. Profil sebegini menyamai kehendak pengurusan Southampton yang mahukan pemain dari akademi diberi peluang membarisi skuad utama.

Apa jangkaan kami

Rata-rata di kalangan kami di Semuanya BOLA menjangkakan Southampton mampu bersaing dan mengakhiri kempen EPL di pertengahan liga.

Semua itu bergantung kepada sejauh mana pemain sedia ada mampu mengadaptasi kepada kehendak taktikal Pelegrino.

Jika mereka gagal, maka Southampton akan bergelut untuk kekal di liga utama bola sepak Inggeris ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN