Southampton Kalahkan Liverpool, Mara Ke Perlawanan Akhir EFL Cup

Southampton kalahkan Liverpool dalam aksi separuh akhir EFL Cup untuk membolehkan pasukan dari selatan England itu mara ke perlawanan akhir di Wembley.

Mereka menang selepas mengecapi 2 kemenangan dalam aksi timbal balik separuh akhir menentang Liverpool.

Peluang dipersiakan

Southampton kalahkan Liverpool dengan penuh bergaya walaupun mereka ditekan sehebat-hebatnya dari Liverpool.

Liverpool nyata banyak mempersiakan peluang-peluang yang mereka miliki terutamanya 2 peluang dari Daniel Sturridge yang gagal disudahkan dengan baik.

Liverpool nyata menguasai perlawanan dengan penguasaan bola yang sangat dominan. Mereka menguasai 73% penguasaan bola sementara Southampton hanya menguasai bola sebanyak 27% sahaja.

Liverpool ternyata bermain permainan dalam tempo yang tinggi dan ini boleh dilihat dengan jumlah percubaan yang dicipta oleh mereka.

Pasukan tuan rumah mencipta 13 percubaan sementara pasukan pelawat hanya melakukan 7 percubaan sahaja.

Walaupun mencipta 13 percubaan, hanya 3 sahaja percubaan tersebut tepat menuju gol oleh Liverpool. Dan hanya 2 sahaja percubaan tepat sahaja yang berjaya dicipta oleh pasukan pelawat.

Namun 1 daripada 2 percubaan tepat Southampton berjaya masuk ke dalam gawang Liverpool dan ianya hadir pada minit terakhir permainan.

Ia terhasil selepas Southampton berjaya memecah masuk pertahanan Liverpool dan hantaran dari Josh Sims berjaya menemui Shane Long sebelum pemain itu menyudahkannya dengan mudah.

Gol pada minit akhir permainan itu sudah cukup untuk membunuh Liverpool membawa Southampton ke perlawanan akhir.

Southampton akan menanti satu lagi pemenang dari satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan Hull City dan Manchester United.

Kecewa dan gembira

Bagi Jurgen Klopp, beliau nyata puas hati dengan persembahan anak-anak buahnya walaupun tewas sambil berkata Southampton berhak untuk ke perlawanan akhir.

“Mereka berhak menang, dalam masa yang sama kami bermain dengan baik. Kami ada 7 percubaan tepat tetapi kami tak jaringkan gol.”

“Bila kita tak ambil peluang itu, kita berhak untuk kalah. Saya puas hati dengan persembahan pasukan tetapi tidak dengan keputusan perlawanan.”

Bagi Claude Puel, beliau memberikan sepenuh penghargaan beliau kepada pasukannya selepas berkerja keras untuk menang.

“Ia adalah satu ganjaran yang hebat buat para pemain diatas hasil kerja mereka yang cukup mengagumkan. Kami ke Wembley bukan sahaja untuk bermain di perlawanan akhir, tetapi mahu menang!”

Baca juga: Mario Balotelli Kecewa, Selalu Jadi Mangsa Serangan Perkauman Di Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN