Souness Anggap Kejayaan Wenger Bersama Arsenal Hanya Kerana ‘Nasib’

Pemerhati bola sepak terkenal, Graeme Souness tampil dengan kenyataan cukup kontroversi apabila beliau secara tidak berselindung menganggap bekas pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger hanya memiliki nasib baik sahaja bersama kelab itu.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau menerusi siaran Podcast Three Up Front yang membabitkan bekas pemain Crystal Palace iaitu Simon Jordan serta bekas kapten Watford suatu ketika, Troy Deeney.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh bekas bintang utama Scotland itu, beliau percaya antara kekuatan utama Wenger suatu ketika disebabkan beliau menandatangani lima pertahanan terbaik dunia termasuk pemain muda, Dennis Bergkamp serta Ian Wright dianggap masih memiliki tenaga.

Ketika ditanya dalam rancangan podcast itu jika Souness menganggap Wenger sebagai “seseorang yang memahami bola sepak”, beliau menjawab kepada Jordan: “Tidak, tidak begitu.

“Saya pernah duduk di bangku simpanan serta mendengar apa yang beliau arahkan kepada para pemain. Saya telah bekerja untuk Sky dalam salah satu perlawanan di mana Wenger membuat keputusan yang sangat aneh.

“Pandangan saya tentangnya adalah beliau sangat bertuah pada waktu ketika bola sepak Perancis telah menghasilkan kumpulan pemain terbaiknya.

“Mewarisi lima pemain pertahanan terbaik dalam dunia bola sepak selain Dennis Bergkamp berusia 22 tahun ketika itu. Saya rasa Wrighty Ian Wright, beliau masih memiliki tenaga.

“Dan kemudian dia mempunyai 10 tahun di mana Wenger telah memenangi beberapa Piala FA, kerana kitaran itu telah berlalu.

“Saya tidak pernah bercakap dengannya mengenai bola sepak. Beliau tidak pernah datang ke pejabat saya selepas perlawanan, satu-satunya pengurus yang tidak pernah berbuat demikian.

“Saya telah pergi ke pejabatnya selepas
perlawanan, tetapi beliau tidak pernah ada untuk berbincang tentang bola sepak. Saya tidak tahu sama ada Wenger seseorang yang memahami bola sepak atau tidak. Saya tidak pernah bercakap tentang bola sepak dengannya,” ujar Souness yang suatu ketika terkenal dalam dunia bola sepak di England menerusi rancangan podcast tersebut.

Melalui kenyataan dikeluarkan itu, jelas Souness bukan seorang yang memiliki pandangan baik buat Wenger dengan beliau lebih banyak memberi kritikan pedas buat pengurus itu.

Malah, Souness dilihat lebih mengangkat nama Jurgen Klopp yang tampil cemerlang bersama Liverpool menerusi transformasi serta kejayaan dicipta pengurus itu bersama The Reds.

Pandangan anda pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN