Sorakan Ultras Malaya Dan Penyokong Di SNBJ Ketika Benam Indonesia ‘Mendunia’

Ultras Malay Tifo Malaysia Indonesia

Malaysia berjaya mengatasi Indonesia 2-0 dalam aksi kelima Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa. Ia bukanlah satu kemenangan yang biasa-biasa buat skuad negara.

Selain berjaya melonjak skuad negara ke kedudukan kedua kumpulan, kemenangan malam tersebut juga adalah ke atas musuh ketat dalam Derbi Serumpun atau Derbi Nusantara.

Mungkin atas sebab ianya satu perlawanan derbi antara negara, ianya telah menarik perhatian sebuah portal antarabangsa, The Guardian dan kemudian terus menangkap perhatian dunia.

The Guardian dalam portalnya teah memuat naik video sorakan penyokong Malaysia yang diketuai oleh Ultras Malaya dengan petikan, ”Penyokong Malaysia menampilkan satu sorakan hebat sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dengan Indonesia.

“Sekitar 80 ribu penyokong memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia. Tuan rumah menang 2-0 dengan gol pembukaan tendangan percuma jarak jauh yang menakjubkan oleh Safawi Rasid, sebelum menghasilkan jaringan kedua di babak kedua.”

Video tersebut diambil daripada laman twitter Team Malaysia.

Selain itu, laman twitter luar negara juga turut berkongsi video yang didapati daripada portal tersebut antaranya @BestChantUK. Hasilnya, pelbagai reaksi daripada luar negara telah didapati.

Ia satu malam yang luar biasa buat Malaysia, pasukan mahupun para penyokong. Ianya perlawanan derbi dan tiket perlawanan berjaya ‘sold out’ walaupun ianya bukan Kejohanan AFF Suzuki yang sentiasa diutamakan oleh para penyokong di Malaysia.

https://twitter.com/BestChantsUK/status/1196824551226654723

Dibantu dengan paluan gendang oleh Ultras Malaya, sorakan penyokong Malaysia menjadi semakin padu. Ditambah dengan hampir keseluruhan penyokong Malaysia memakai pakaian berwarna hitam kuning, ia seakan-akan melonjak aura.

Tambah menarik, tifo yang dibuat khas untuk setiap perlawanan dan diserlahkan oleh Ultras Malay ketika para pemain melangkah masuk ke padang, menambahkan kegilaan pada malam itu.

Pada aksi menentang Thailand, tifo yang bertemakan ‘Berikan Kemenangan’ telah diangkat naik sementara untuk Derbi Nusantara pula, tifo ‘Satu Jiwa’ pula mengambil tempat.

Suasana sebegini selalunya akan didapati apabila skuad Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Piala AFF dan ia satu yang menakjubkan apabila dalam pusingan kelayakan, penyokong telah berjaya memenuhi segenap ruang stadium.

Ultras Malaya Malaysia Indonesia

Tifo Malaysia Indonesia
Foto: Bernama

Ultras Malaya sememangnya dikenali dengan penghasilan tifo-tifo menarik yang dinaikkan sebelum perlawanan dan ianya semakin bertambah menarik sejak Kejohanan AFF Suzuki 2018 yang lalu. Kredit buat Unit Tifo (Unitif) Ultras Malaya atas kerja keras mereka menambah kehangatan perlawanan yang melibatkan Malaysia.

Selain itu, penulis sukan daripada Australia turut menulis mengenai suasana pada malam tersebut menerusi artikel bertajuk, ‘Malaysian togetherness in football is world class’ yang diterbiitkan Awani.

Menurutnya, rakyat Malaysia sangat fantik, obses dengan bola sepak negara sehingga stadium dipenuhi ribuan penyokong, empat jam sebelum aksi bermula. Tidak seperti di Australia. Sokongan yang dipamerkan oleh para penyokong di Malaysia sebegini menurutnya, wajar dijadikan contoh oleh negaranya.

“Sorakan sepanjang perlawanan, choreography, gerakan ombak hitam kuning, memberikan satu satu ‘selera’ yang susah untuk dipuaskan dan membayangkan Australia akan mencapai tahap sokongan sebegini pada satu masa nanti,” ujarnya dalam artikel.

Berikut adalah beberapa komentar di twitter terhadap video yang telah dimuatnaik oleh laman twitter, @BestChantUK.

https://twitter.com/steviebhiy/status/1196927913129598976

https://twitter.com/1888steven/status/1196898388706516993

Tahniah semua ‘Ekor Harimau Malaya’ yang turun pada perlawanan tersebut. Anda bukan sahaja mencuri perhatian jiran Asia Tenggara, bahkan ke Eropah dan mungkin dunia! Malaysia ‘Mendunia’!

Kredit Featured Image: The AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN