SOP Kehadiran Penonton Antara Perkara Dibincangkan MFL, FAM Bersama KBS & MSN

MFL

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) dalam memastikan industri sukan boleh diadakan secara berstruktur di sebalik ketidaktentuan semasa akibat COVID-19.

FAM, MFL serta wakil beberapa lagi badan sukan yang lain hadir sama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Penyediaan Cadangan SOP Gelembung Perjalanan Domestik Bagi Penganjuran Pertandingan/Kejohanan Sukan Tempatan yang diwujudkan oleh KBS secara maya hari ini.

FAM dan MFL diwakili Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam serta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Mesyuarat kali pertama yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Dato’ Dr Wasitah Mohd Yusof itu membincangkan usaha dan langkah KBS dalam mempersiapkan cadangan SOP bagi penganjuran pertandingan serta kejohanan sukan tempatan bagi tahun 2021.

Segala cadangan dan penambahbaikan khususnya membabitkan SOP penganjuran kejohanan yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu akan dibawa ke pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutamanya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini adalah mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Task Force Penyediaan Cadangan SOP Penganjuran Sukan Tempatan bagi persiapan tahun 2021. Jadi pelbagai perkara dari pihak FAM dan MFL dibangkitkan terutama mengenai SOP membabitkan kejohanan bola sepak tempatan.

“Sudah pasti antara perkara yang disentuh adalah mengenai SOP kemasukan penonton mengikut jumlah yang dibenarkan apabila saingan Liga Malaysia dijalankan pada musim 2021.

“Antara lain juga dibincangkan mengenai SOP mengadakan perlawanan di Zon Hijau sekiranya perlawanan membabitkan negeri di Zon Merah,” kata Dato’ Ab Ghani.

Tambah Dato’ Ab Ghani, turut disampaikan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai prosedur kemasukan pemain dan pegawai asing bagi musim 2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN