Pemain kebangsaan Korea Selatan yang kini masih bersama Tottenham Hotspur mencipta sejarah apabila berjaya menjaringkan gol ke-20 beliau dalam saingan EPL.
Gol kemenangan yang dijaringkan Son Heung-Min dalam perlawanan bertemu Crystal Palace sebentar tadi di Wembley melewati rekod yang sebelum ini dicipta Park Ji Sung ketika bermain untuk Manchester United.
Untuk rekod, beliau mampu mencipta rekod ini hanya selepas melalui 72 perlawanan berbanding Park Ji Sung yang perlu menunggu sehingga 154 perlawanan untuk mengumpul 19 jaringan.
Terdahulu, pemain berusia 25 tahun ini turut memecah rekod Park Ji Sung dalam saingan UEFA Champions League. Pada saingan musim lepas, Son berjaya meledak gol ke-enamnya ketika bertemu CSKA Moscow sekaligus melebihi 5 gol yang dijaringkan Park Ji Sung.
Son Heung-Min turut mencipta sejarah di arena bola sepak Eropah sebaris dengan seorang lagi lagenda Korea Selatan iaitu Cha Bum Kun yang cemerlang ketika bersama Bayer Leverkusen pada musim 1985-86 dengan meledak 19 gol.
Berbaki lagi 27 perlawanan liga, Son dilihat mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk menambah koleksi gol sekaligus bakal meletakkannya sebagai pemain Asia yang paling berjaya di Eropah dari sudut penjaring terbanyak.