Ketika Prestasi Memuncak, Son Heung-Min Perlu Tinggalkan Bola Sepak 21 Bulan Atau Dipenjara

26 gol dihasilkan untuk Tottenham Hotspur setakat ini menjadikan Son Heung-Min anatara pemain bualan penyokong Tottenham Hotspurs selain daripada Harry Kane, Christian Eriksen ataupun Dele Alli.

8 daripada gol tersebut hadir pada musim ini, tidak termasuk 3 lagi gol yang dihasilkan di saingan UEFA Champions League.

2382

Ketajaman Son di hadapan gol beliau memang sudah diakui sejak di Bayer Leverkusen lagi sehinggakan beliau diberi jolokan ‘Sonaldo’ di BayArena.

Dalam satu temubual bersama Daily Mail, Son mendedahkan mengenai latihan khidmat negara.

Son perlu sertai khidmat negara

Buat masa ini, seakan-akan tiada apa yang mampu menghalang Son Heung-Min daripada terus meledak gol kecuali satu perkara; latihan khidmat negara.

son-heung-min-20150130

Ia adalah satu program yang diwajibkan di oleh kerajaan Korea Selatan untuk setiap warganegara yang sudah berusia 21 tahun.

Mereka perlu melaporkan diri dan memberitahu bila mereka boleh menyertai latihan tersebut. Ia perlu dilakukan sebelum mereka menjangkau usia 28 tahun.

Program ini tidak boleh dikecualikan tanpa mengira status anda.

Sama ada anda merupakan pemain bola sepak yang dibayar jutaan pound setahun, ataupun seorang selebriti, rappers, anak Presiden Samsung Group atau sesiapa sahaja, anda wajib menyertainya.

Jika tidak, anda boleh dipenjara kecualilah anda mendapatkan pengecualian daripada kerajaan.

Latihan ketenteraan ini mengambil masa selama 21 bulan ataupun hampir 2 tahun.

Ramai yang mengelak!

Sebelum ini rappers MC Mong tidak menghadiri latihan khidmat negara ini atas alasan mencabut gigi.

Beliau dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara 6 bulan, 1 tahun probasi dan khidmat masyarakat kerana melengah-lengahkan penyertaan dalam program tersebut.

Penyanyi popular Yoo Seung Jun sanggup sebelum ini sanggup menukar kerakyatan beliau gara-gara mahu mengelak latihan ini. Ini kerana beliau perlu terus berada di dunia luar demi karier.

Bekas pemain Arsenal Park Chu Yong terpaksa menukar kewarganegaraan beliau untuk menjadi penduduk tetap Monaco kerana tidak mahu menyertai program tersebut yang boleh mengganggu pembangunan karier bola sepak beliau.

park-chu-young

Pengecualian dan pengurangan tempoh latihan melibatkan pemain bola sepak

Pengecualian ataupun pengurangan tempoh latihan boleh diberikan atas syarat-syarat khas ataupun pencapaian istimewa mereka dalam mengharumkan nama negara.

Pada musim lalu, pemain Swansea City Ki Seung Yueng terpaksa balik ke Korea Selatan dan tidak bermain perlawanan terakhir Swansea.

kiswans_3191309

Ki perlu balik untuk menyelesaikan latihan 4 minggu. Ia kelonggaran diberikan oleh kerajaan Korea Selatan kerana Ki sebelum ini membantu Korea Selatan memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London 2012.

Sebelum itu, Park Ji Sung dan Lee Yong Pyo dikecualikan daripada latihan khidmat negara kerana mereka berada dalam skuad yang mara ke separuh akkhir Piala Dunia 2002.

leeyoungpyoparkjisungargentinavsouth81c3bhfs5tgl

Ada harapan untuk Son Heung-Min dapat pengecualian?

Jika Son Heung-Min membantu negara beliau menjuarai pingat emas bola sepak Sukan Asia yang akan datang, ia mungkin akan menjadi sebab yang membolehkan Son diberikan pengecualian.

Sebelum ini, Son Heung-Min dan Korea Selatan terkandas di peringkat suku akhir sukan Olimpik Rio 2016.

son-heung-min

Kini Son ada 2 kejohanan yang menjadi sandaran untuk mengelakkan diri daripada bercuti daripada bola sepak ketika beliau sedang menuju prestasi kemuncak (peak); Kejohanan Piala Asia 2018 dan sukan Olimpik Tokyo 2020.

Yang pasti beliau sudah semakin kesuntukan masa dan ia bukan jaminan yang mudah dengan kualiti saingan di kedua-dua peringkat tersebut.

Selain itu, kerajaan tidak ada jaminan wajib untuk mana-mana atlet yang menang dalam mana-mana acara besar akan diberikan pengecualian. Ia bergantung kepada budi bicara.

Satu lagi perkara yang mungkin boleh membantu Son Heung-Min daripada menyertai latihan tersebut pada peringkat terbaik karier beliau adalah perubahan iklim politik.

Ahli politik berhaluan kiri, Nam Kyung-Pil ada menyelitkan isu ini dalam manifesto beliau. Beliau berjanji, jika beliau menang jawatan presiden, beliau akan menjadikan program itu sebagai program sukarela bukannya ‘paksaan.’

Kesimpulan

Ia adalah perkara yang agak sukar bagi pemain-pemain bola sepak kerana tempoh latihan khidmat negara yang agak panjang.

Dalam bola sepak, seseorang pemain akan menuju ke kemuncak prestasi yang biasanya pada sekitar usia 27 tahun atapun lewat 20-an.

premier-league-football-tottenham-hotspur-heung-min-son_3783426

Pada peringkat 21 tahun pula, ia adalah proses di mana pemain sedang dalam pembangunan. Syarat yang mewajibkan mereka menyertai program tersebut sebelum 28 tahun memang tidak sesuai dengan perspektif pembangunan bola sepak.

Pemergian Son pasti menjadi satu kehilangan besar untuk Spurs.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN