Son Heung Min Akui Sangat Malu Kerana Kalah Kepada Malaysia

Malam tadi, peminat bola sepak dari seluruh Asia dikejutkan dengan keputusan perlawanan bola sepak Sukan Asia yang menyaksikan skuad bawah 23 tahun Malaysia menewaskan juara bertahan, Korea Selatan dengan jaringan 2-1 serta menamatkan penantian selama 44 tahun.

Dua jaringan daripada penyerang JDT, Safawi Rashid telah memastikan 3 mata penuh menjadi milik Malaysia sekaligus menempah tiket ke pusingan 16 dengan berbekalkan 6 mata selepas 2 perlawanan di peringkat kumpulan.

Kemenangan itu bermakna Korea Selatan yang dibarisi oleh 3 pemain skuad Piala Dunia termasuk bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min bakal berdepan laluan berliku apatah lagi mereka terdesak untuk memenangi pingat emas Sukan Asia.

Sukan Asia
Kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun negara. FOTO: FAM

Hal ini kerana menurut undang-undang dari negara Korea Selatan, pemegang pingat Olimpik dan Asia dikecualikan daripada mengikuti program “military service” (program khidmat negara) yang memakan masa selama 2 tahun.

Son yang dilepaskan oleh Spur demi merealisasikan pengecualian itu berasa sungguh malu dengan kekalahan pasukannya kepada Malaysia sambil meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi rakan sepasukannya.

“Saya berasa malu dengan kekalahan mengejut ini. Pemain kami terlalu ambil mudah terhadap lawan. Selepas pemain Malaysia menjaringkan 2 gol, beberapa rakan sepasukan kelihatan bingung dan kekeringan idea,” katanya seperti dipetik dalam Washington Post.

Dalam perlawanan itu, barisan pertahanan Malaysia mempamerkan disiplin yang cukup tinggi serta dibantu oleh kecemerlangan penjaga gol, Haziq Nazli yang kerap kali menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Safawi meraikan jaringan keduanya. FOTO: Bernama

Korea cuba bangkit menjaringkan gol penyamaan tetapi taktik ‘high pressing’ pemain Malaysia telah menyebabkan barisan serangan pahlawan Taeguk itu buntu mencari gol.

Pengendali Korea Selatan, Kim Hak Bum mengakui beliau melakukan kesilapan dari segi pemilihan pemain dalam kesebelasan utama.

“Ianya silap saya dan saya menyesal. Kerana keputusan hari ini, kami bakal berdepan laluan sukar untuk ke final. Tempat pertama dan kedua dalam kumpulan akan menentukan lawan kami di pusingan 16. Kami akan cuba layak.

Son yang terlepas daripada gelaran juara Sukan Asia 2014 apabila tidak mendapat perlepasan daripada kelab Bayer Leverkusen ketika itu mengakui tekanan untuk memenangi pingat emas sangat tinggi.

“Saya akan cuba sehabis habis untuk mengawal perlawanan itu dan membantu pemain muda. Saya dapat rasakan tanggungjawab yang sangat berat sedang dipikul atas bahu.

“Saya dan jurulatih selalu memberitahu pemain yang kami akan menghadapi masalah besar jika kita tidak kawal pemain lawan.

“Sudah tentu, kekalahan mengejut ini tidak akan berlaku lagi selepas ini. Saya lega kerana ia berlaku dalam saingan peringkat kumpulan bukan kalah mati. Pemain kami sudah dapat pengajaran yang berguna,” jelasnya.

Korea Selatan kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan E selepas 2 perlawanan dan mereka wajib menang ke atas Kygyzstan jika mahu ke pusingan 16 atau bakal melapor diri di khidmat negara selama 21 bulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN