Son Disambut Meriah Di Korea Selatan Selepas Jadi Pemain Asia Pertama Raih ‘Golden Boot’

Son Heung-min disambut seperti seorang wira apabila pulang ke Korea Selatan bersama trofi Anugerah Kasut Emas Premier League (PL).

Penyerang sayap Tottenham Hotspur itu menjaringkan 23 gol pada musim ini, termasuk dua gol pada perlawanan terakhir liga.

Beliau berkongsi anugerah tersebut bersama bintang Liverpool, Mohamed Salah yang dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia sejak beberapa musim lalu.

Idola di Korea Selatan

Son sememangnya dianggap sebagai idola oleh peminatnya di Korea Selatan, dan sambutan besar-besaran menanti kepulangannya baru-baru ini.

Melalui rakaman video di lapangan terbang, beliau disambut oleh ratusan peminat yang sanggup berkumpul sejak dari awal hanya untuk melihat kelibat pemain itu.

Son juga tidak lokek untuk melayan peminatnya unruk bergambar, dan kelihatan tunduk beberapa kali sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada sokongan yang diberikan kepadanya.

Dikagumi pemimpin Korea Selatan

Tidak ketinggalan mengkagumi pencapaian Son Heung-min adalah Presiden Korea Selatan, Yoon Seok-youl.

“Saya percaya anugerah ini adalah hasil daripada kesungguhan selepas beliau mengabdikan dirinya kepada kerja keras secara berterusan kepada kelab sepanjang musim,” kata Seok-youl.

Son kini boleh menetap lebih lama di Korea Selatan untuk berehat selepas musim EPL tamat, sambil menunggu Tottenham yang dijadualkan akan berkunjung ke negara itu untuk memulakan latihan pra musim.

Skuad kendalian Antonio Conte akan berhadapan Sevilla di Stadium Piala Dunia Suwon pada 16 Julai, tiga hari selepas mereka berhadapan skuad pilihan K-League di Seoul.

Penghargaan buat Conte

Mengenai pencapaian yang diraihnya menjadi pemain pertama dari benua Asia muncul penjaring terbanyak di PL, Son turut tidak melupakan peranan Conte di dalam pasukan.

“Ia perasaan amat hebat untuk memenangi anugerah ini. Ia amat beremosi. Saya mengimpikannya ketika kanak-kanak. Sekarang ia di dalam tangan, sukar mempercayainya,” tambah Son lagi.

“Sebelum menjaringkan gol saya sangat kecewa kerana hampir terlepas peluang terbaik (muncul penjaring terbanyak). Saya beritahu rakan sepasukan saya telah melepaskan peluang mudah untuk menyumbat gol.

“Tetapi saya tidak menyerah kalah. Saya mahu menjaringkan gol. Rakan sepasukan banyak membantu pada babak pertama perlawanan. Mereka mahu membantu saya, dan saya boleh melihat itu.

“Conte juga banyak memberikan sumbangan. Sebelum ketibaannya di dalam kelab, tidak ada yang percaya kami mampu ke Champions League.

“Tetapi trofi ini amat berat. Saya tidak menjangkakan itu. Ia adalah hari yang amat menakjubkan buat saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN