Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya bintang muda England, Mason Greenwood kini sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi bersama skuad senior negaranya di peringkat antarabangsa.
Greenwood beraksi cemerlang dengan menyumbat dua gol ketika United menumpaskan Bournemouth 5-2 pada Sabtu yang menjadikan rekod jaringannya musim ini telah mencecah 15 gol dalam semua pertandingan.
Graduan akademi Manchester United itu mula beraksi bersama skuad utama pada musim ini dan menyerlah dalam beberapa perlawanan Liga Europa (UEL).
England's next hero! Man Utd teen Mason Greenwood on route to Three Lions superstardom as Ole Gunnar Solskjaer anticipates huge future | @CrossyDailyStar | #MUFC #ENG #Greenwood https://t.co/9sRcHysdZw pic.twitter.com/EsUqpKDIxi
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) July 6, 2020
Pemain kelahiran Bradford itu digelar Solskjaer sebagai ‘pakar peledak’ dan pengendali Norway itu percaya tahap permainan Greenwood kini bukan hanya layak untuk skuad bawah 21 tahun (B-21) England, tetapi sudah dipertimbangkan untuk dipanggil oleh Gereth Southgate mewakili skuad senior.
“Apabila kamu bermain untuk Manchester United, saya rasa ianya adalah medan ujian untuk melihat sejauh mana bagusnya kamu untuk berdepan dengan kesukaran.
“Jika kami boleh mengatasinya, maka kamu tiada masalah untuk bermain dengan mana-mana pasukan dan Mason mempunyai kualiti yang tidak banyak pemain lain miliki.
“Sudah tentu dia juga sudah boleh bermain untuk pasukan utama England. Saya tahu dia akan menjadi pemain yang hebat dan sudah tentu saya gembira mempunyai pemain sehebatnya.
Ole Gunnar Solskjaer insists #MUFC starlet Mason Greenwood ready to play for England | https://t.co/wia3QAgOFY pic.twitter.com/Hojv24xCdT
— TheUNITEDfanzone (@TDfanzone) July 5, 2020
“Dia adalah peledak gol semula jadi. Kamu boleh lihat dia sentiasa berupaya untuk menjaringkan gol setiap kali diberi peluang beraksi. Sikapnya yang merendah diri menjadikan dia seorang pemain yang sentiasa mendengar nasihat dan sangat bekerja keras.
“Mason adalah salah satu bakat terbaik yang pernah saya bimbing dan saya percaya dengan umur semuda ini, dia boleh menjadi pemain yang sempurna jika terus bekerja keras.”
Pendirian terbaharu Solskjaer ini ternyata berbeza dengan pandanganya pada awal tahun ini di mana beliau mengatakan belum tiba masanya untuk Greenwwod dipanggil beraksi untuk skuad senior England.
Pada waktu itu, Solskjaer beranggapan Greenwood perlu melalui proses kematangan dan fokus kepada skuad B-21 dahulu bagi meningkatkan kemahiran diri sebelum bermain di peringkat yang lebih tinggi.
Solskjaer: Belum Masanya Greenwood Dipanggil Main England – https://t.co/YjdP9fhBdp pic.twitter.com/68VxAXRjbh
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 14, 2020
Greenwood kini merupakan pemain utama untuk skuad B-21 England dan sudah beraksi dalam empat perlawanan terakhir termasuk ketika tewas 2-1 kepada Belanda pada November lepas di mana beliau telah menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya.
Disebabkan penangguhan kejohanan EURO 2020, skuad senior England akan beraksi pada September ini berdepan Iceland dan Denmark untuk kejohanan Liga Negara-Negara UEFA.