Solskjaer Sahkan Ashley Young Kapten Manchester United Yang Baru

Pengurus Man. United, Ole Gunnar Solskjaer telah mengesahkan bahawa Ashley Young kapten Manchester United yang baharu, walaupun pemain itu mungkin tidak akan banyak beraksi.

Tugasan pertama Young sebagai kapten sepenuh masa di Old Trafford akan bermula pada musim baru ini.

Musim lalu, Ashley Young kerap menjadi kapten Man. United ketika ketiadaan Antonio Valencia.

Sebelum ini ada laporan menyatakan Davi De Gea berminat untuk menjadi kapten Man. United. Seterusnya Ole Gunnar Solskjaer juga dikatakan mempertimbangkan Paul Pogba untuk jawatan tersebut.

Menjawa media ketika diajukan soalan berkenaan ‘captaincy’ – selepas pra musim menentang AC Milan, Ole Gunnar berkata: “David [De Gea] jelas sekali dalam pertimbangan kami. Dan Ash [Ashley Young] setiap kali beliau ada di padang, beliau adalah kapten kami.”

“Setiap kali Ash memulakan perlawanan, beliau adalah kapten pasukan.”

Solskjaer menjelaskan beliau tidak memberikan jaminan bahawa Young akan menjadi pemain utama pasukan. Namun Solskjaer menganggap itu bukannya satu masalah.

Solskjaer membandingkan situasi Young dengan Gary Neville pada musim terakhir di Man. United. Di mana Gary Neville merupakan kapten utama pasukan, meskipun beliau terhad minit permainan. Ketika itu, Nemanjad Vidic kerap menjadi kapten Man. United.

Solskjaer masih belum mengesahkan kapten kedua ataupun ketiga Man. United. Ini kerana berdasarkan kenyataan beliau, jelas sekali 2 timbalan kapten pasukan itu akan menjadi jawatan penting.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN