Solskjaer Mesti Dapatkan Leroy Sane Kalau Terlepas Sancho

Leroy Sane

Manchester United memerlukan beberapa pemain lagi untuk menguatkan lagi pasukan dan Sane boleh menjadi calon yang sesuai untuk mempertajam skuad Ole Gunnar Solskjaer itu.

Menurut bekas pemain Manchester United, Dwight Yorke, Solskjaer perlu menimbangkan untuk mendapatkan Sane sekiranya misi untuk mendapatkan pemain muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho tidak berjaya.

Sane dibenarkan oleh Manchester City untuk meninggalkan kelab itu dengan gergasi Jerman, Bayern Munich berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Bagi Yorke, kehadiran Sane boleh memberikan lebih kekuatan kepada Manchester United kerana mereka sudah mempunyai beberapa pemain muda yang berpotensi tinggi.

“Manchester United mempunyai ramai pemain menyerang muda yang cukup baik. Masukkan Jadon Sancho, saya juga sukakan Leroy Sane. Tapi jika tak dapat, saya memang suka Sane itu,” katanya menerusi laman Goal.

Yorke juga mengatakan yang Sane merupakan pemain yang sesuai beraksi di bahagian sayap kiri.

“Buat masa sekarang, Mason Greenwood bermain dengan baik ketika ini tetapi saya sangat sukakan Sane. Manchester United juga tidak mempunyai pemain yang boleh beraksi di sayap kiri.”

“Sane mungkin merupakan pemain terpantas antara mereka dan beliau juga mempunyai sikap yang bagus.”

Sancho kini menjadi buruan banyak kelab utama Eropah dengan Manchester United adalah kelab yang ingin mendapatkannya.

Selain itu, Chelsea dan Barcelona turut dikaitkan dengan pemain itu yang menurut Borussia Dortmund, mereka belum menerima sebarang tawaran rasmi mengenai pemain tersebut lagi.

Baca juga artikel kami mengenai Sane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN