Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ternyata kecewa dengan aksi para pemain beliau. Lantas beliau meminta maaf dan menganggap aksi mereka semalam sebagai tidak menunjukkan karakter Manchester United sebenar.
Manchester United dibelasah 4-0 oleh Everton. Menyaksikan United kini kekal di tangga ke-6, dalam usaha mereka mara ke UCL musim hadapan.
Solskjaer berkata: “Dari mula wisel ditiup lagi, segalanya serba tak kena untuk kami.”
“Saya mahu meminta maaf kepada penyokong – kerana mereka adalah hanya orang yang ‘ada’ lencana pada hari ini dan memakainya dengan bangga. Namun kami [pasukan] pula gagal.”
“Everton pasukan lebih baik dan mengajar kami perkara asas. Banyak perkara yang kami perlu perbaiki untuk mendapatkan keputusan lebih baik. Bakat sahaja tidak menjamin apa-apa.”
“Kita gagal bermain baik. Persembahan itu tidak layak digelar aksi Manchester United. Kami menyusun jari dan meminta maaf kepada semua yang berkaitan dengan kelab ini.”
Ole Gunnar #Solskjaer: #MUFC players let the fans and the club down! Which players do you think are the biggest culprits? https://t.co/2e0NLsOgHM pic.twitter.com/QDwqY6wtNX
— Mick Livesey (@MickLivesey) April 22, 2019
“Kita ada peluang untuk menebus kesilapan kita pada Rabu ini [menentang Man. City].”
“Kami jauh tersasar daripada apa yang kami mahu persembahkan. Apabila kamu tewas dalam perlawanan liga seperti yang kami alami hari ini, itu bermakna kamu ada banyak kerja penting untuk dilakukan.”
“Kelab ini agak bergelut sebelum ini. Kami harus bangkit. Perkara seperti ini tak boleh berulang.”
Solskjaer juga menyatakan Man. United perlu menang kesemua baki 4 perlawanan yang mereka ada untuk membolehkan kelab itu layak ke UCL pada musim hadapan.