Solskjaer Dedah Sebab Kekalkan Matic Di United Untuk Tiga Tahun Lagi

Nemanja Matic Manchester United

Pemain tengah Serbia, Nemanja Matic telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun di Manchester United yang akan mengekalkannya di kelab tersebut sehingga Jun 2023.

Karier Matic di Old Trafford sebelum ini seakan-akan tiba di penghujung sehinggakan beliau pernah bercakap secara terbuka mahu meninggalkan pasukan pada Januari selepas semakin sukar untuk beraksi dalam kesebelasan utama. di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Bagaimanapun segala berubah apabila kecederaan Paul Pogba dan Scott McTominay memberi ruang untuk pemain berusia 31 tahun itu untuk kembali mendapat tempat dan membalas kepercayaan Solskjaer itu dengan aksi yang cemerlang sejak kebelakangan ini.

“Saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk terus menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini,” ujar Matic kepada laman web kelab.

“Sebagai pemain masih banyak yang saya boleh sumbangkan kepada pasukan dan meraih pencapaian terbaik dalam karier. Terus diberi kepercayaan bersama keluarga ini merupakan satu penghargaan buat saya.

“Saya teruja menjadi sebahagian daripada pasukan ini, kami mempunyai keseimbangan pemain berpangalaman dan pemain muda di dalam skuad. Ia adalah kunci utama untuk terus bermain dengan baik dan akan berusaha menamatkan musim ini di kedudukan terbaik demi penyokong setia kami.”

 

Sementara itu, Solskjaer dalam ucapannya berbesar hati apabila Matic bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu yang akan menjadikan beliau pemain penting dalam pasukan.

“Saya tahu pengalaman, profesionalisme dan kepimpinannya akan menjadi sesuatu yang sangat berharga terutamanya buat kumpulan pemain muda berbakat di kelab ini,” kata Solskjaer.

“Kini kami mempunyai skuad yang sangat baik dan Matic adalah kunci kepada kekuatan di bahagian tengah pasukan ini. Dia sudah berada di sini hampir tiga musim dan sekarang tentulah dia sangat memahami betapa besarnya nilai dapat beraksi untuk Manchester United.

“Dia masih seorang pemain yang bercita-cita besar dan seorang yang mempunyai tekad yang kuat. Saya yakin dia akan menjadi pemain yang penting untuk memastikan matlamat pasukan dapat tercapai untuk tahun-tahun mendatang.”

Sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung, Matic menjadi watak penting kepada prestasi cemerlang United sejak masuk sebagai pemain gantian ketika pasukannya seri 1-1 dengan Tottenham.

Beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama untuk tiga perlawanan terakhir yang menyaksikan United menang ketiga-tiga perlawnan tersebut.

Sejak menyertai United dari Chelsea pada 2017, beliau telah membuat 114 penampilan dan menjaringkan empat gol.

Kredit Foto: Manchester United

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Nemanja Matic dan Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN