Solskjaer Berdepan Cabaran Untuk Pastikan Trio Penyerang Muda United Kekal Cergas

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengatakan beliau berpuas hati dan gembira dengan trio penyerang muda pasukannya ketika ketiga-tiga pemain itu menjaringkan gol ketika menewaskan Newcastle United 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Khamis.

Bagaimanapun dengan jadual yang padat ketika ini, Solskjaer mahu memastikan pemain-pemain itu tidak menghadapi kecederaan supaya perkembangan mereka dapat terus berjalan dengan baik.

Anthony Martial menjaringkan dua gol sementara Marcus Rashford dan Mason Greenwood turut menyumbat satu gol pada babak pertama untuk menafikan gol awal pasukan pelawat. Dengan kemenangan selesa itu, United kini naik ke tangga ketujuh dengan 28 mata.

Solskjaer mengeluarkan Martial pada separuh masa kedua sekaligus menafikan peluang pemain berusia 24 tahun itu untuk menjadi penjaring hatrik EPL pertama United sejak 2013.

Pengendali kelahiran Norway itu menegaskan beliau tidak mahu pemain tersebut terdedah kepada risiko kecederaan memandangkan pasukannya akan bertemu Burnley pada Sabtu ini.

“Dia [Martial] semakin cergas dan sedang bermain lebih banyak perlawanan ketika ini. Kita ada perlawanan lain dalam tempoh 48 jam lagi dan saya tidak mahu merisikokan penyerang yang ada,” ujar Solskjaer dalam sidang media selepas perlawanan.

Solskjaer yang turut mengeluarkan Rashford mengatakan beliau tidak mahu mereka dibebani dengan minit yang terlalu banyak sehingga mengundang risiko kecederaan seperti yang pernah dialami oleh kedua-dua pemain berkenaan sebelum ini.

Martial setakat ini sudah pun menjaringkan sembilan gol pada musim ini sekalipun dilanda kecederaan pada awal musim. Rashford pula telah menjaringkan gol ke-15 dan menjadikan ianya adalah yang terbanyak dalam satu musim ketika saingan masih lagi panjang menjelang separuh musim kedua.

“Marcus mempunyai fizikal yang baik kerana dia betul-betul berusaha keras ketika latihan di gimnasium. Dia berlatih dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ianya adalah mengenai semangat dan keberanian untuk menjadi lebih baik.

Solskjaer turut memberikan pujian istimewa kepada Greenwood yang baru berusia 18 tahun dan telah pun menjaringkan sembilan gol untuk skuad senior dalam semua pertandingan pada musim ini.

“Mason boleh merembat menggunakan kedua-dua belah kaki dan beliau adalah penjaring gol yang luar biasa. Kita tidak perlu menunggu sehingga dua tahun lagi untuk melihat aksi terbaik darinya.

“Saya masih ingat ketika saya berusia 18 tahun, saya masih belum ke mana jika dibandingkan dengan tahap permainan yang dimilikinya ketika ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN