Interim – Ole Gunnar Solskjaer berkata: pengadil perlawanan, Jonathan Moss pasti akan menyesal dengan keputusan beliau menghadiahkan penalti kepada Arsenal – selepas melihat kembali insiden itu.
Solskjaer merasakan Moss membuat kesilapan dan memberikan penalti kontroversi kepada Arsenal. Skuad Man. United ditewaskan oleh Arsenal dalam perlawanan EPL hujung minggu dengan jaringan 2-0.
Solskjaer berpendapat gol pertama sentiasa menjadi penting dalam mengubah perlawanan. Namun Soslkjaer menuduh Alexandre Lacazette tidak berhak menerima penalti daripada insiden dengan Fred pada minit ke-69.
Ini kerana menurut Solskjaer, Lacazette sendiri sudah hilang keseimbangan badan dalam duel dengan Fred yang sangat kuat.
🗣️ "Fred apparently is very very strong."
Ole Gunnar Solskjaer was unhappy with the referee's decision to award Arsenal a penalty in the second-half. #mufc pic.twitter.com/iST6Cq7GcM
— Man United News (@ManUtdMEN) March 10, 2019
Solskjaer berkata: “Pengadil akan kecewa kerana keputusan itu selepas beliau melihatnya kembali. Dan saya rasa itu bukan penalti. Tidak cukup sentuhan untuk penalti. Itu bukan ‘dive’ cuma Fred jelas sekali sangat kuat.”
Ole Gunnar Solskjaer on the penalty decision: "The referee will be disappointed when he sees it as I don't think it is a penalty." pic.twitter.com/S3OS6Tt1fP
— Squawka Live (@Squawka_Live) March 10, 2019
Ketika ditanya, pandangan beliau tentang De Gea yang silap mengagak arah bola, Solskjaer enggan menyatalahkan penjaga gol tersebut. Sebaliknya merasaka gerakan bola Xhaka itu yang berubah mengejut dan memerangkap De Gea.
Solskjaer memberikan respon: “David sentiasa kecewa setiap kali bolos. Gerakan bola itu pelik dan seakan-akan menuju ke sebelah kiri David, dan tiba-tiba bertukar ke sebelah.”
Solskjaer menepis dakwaan pengulas perlawanan menyatakan konsentrasi De Gea terganggu mungkin kerana isu kontrak beliau.
Are protracted talks over a new contract at Manchester United behind David de Gea's error in Sunday's loss at Arsenal?
Not according to Ole Gunnar Solskjaer…#MUFC #PL pic.twitter.com/c2EoyqefNV
— Omnisport (@OmnisportNews) March 11, 2019
Ditanya tentang bagaimana beliau menerima kekalahan di tangan Arsenal, Solskjaer menyatakan beliau sangat kecewa kerana United tidak sepatutnya kalah dalam perlawanan ini.
Solskjaer berkata: “Aksi kami baik, namun keputusan yang kami capai mengecewakan.”
“Kami kecewa dengan keputusan ini. Namun kalau melihat kepada aksi kami, kamu tidak boleh kata ini adalah perlawanan yang kami patut kalah. Kami cipta 5 peluang keemasan, 2 kali terkena tiang. Leno bermain baik pada hari ini.”
“Apabila kami melihat pemain-pemain berusaha bersungguh-sungguh, sikap yang mereka turut pamerkan di latihan – hari ini kami agak teruk pada 10-15 minit pertama. Kami tidak dapat rentak dan tidak memanfaatkan peluang.”
“Harapan saya, kami akan bangkit menentang Wolves selepas ini dalam Piala FA.”
Solskjaer kemudian menganggap kekalahan di tangan Arsenal hari yang paling teruk untuk mereka setakat ini.
“Sehingga kini segalanya luar biasa, namun hari ini paling teruk untuk kami kerana kalah, mempersiakan peluang untuk memberikan tekanan kepada Spurs.”
NEWS: Man Utd loss to Arsenal 'lowest' moment, says Ole Gunnar Solskjaer (via BBC Sport) https://t.co/IzTGGpY0YK
— FWP Manchester United (@FWPManUnited) March 10, 2019
“Kami sebelum ini menang perlawanan yang kami tak berhak menang, dan hari ini pula kami kalah perlawanan yang kami tak berhak kalah.”