Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan bengang dengan Anthony Martial ketika sesi memanas badan dalam aksi menentang Chelsea sebelum ini.
Martial dilihat tidak mahu terlibat dan meletakkan tangannya di belakang. Manakala hanya satu kakinya di atas bola – ketika rakan rakannya yang lain melakukan beberapa rutin ‘drill’ untuk memanaskan badan.
Dalam bola sepak profesional, walaupun anda pemain simpanan sekalipun, anda harus melakukan sesi memanas badan mengikut arahan jurulatih kecergasan.
Solskjaer telah menegur Martial di hadapan rakan-rakannya ketika di bilik persalinan. Solskjaer jelas tak gembira dengan apa yang berlaku.
Dan selepas itu Solskjaer tidak memasukkan Martial – sebaliknya memasukkan Alexis Sanchez ketika mereka perlu melakukan pertukaran pemain.
Manchester United seri 1-1 dalam perlawanan tersebut. Dan ini bukan kali pertama pemain Man. United dilaporkan ‘buat kepala sendiri’ musim ini. Mourinho sendiri pernah menyisihkan Martial daripada pasukan utama kerana tidak yakin dengan komitmen pemain tersebut.
Ada beberapa pundit berpendapat, insiden antara Solskjaer dan Martial di bilik persalinan itu serba sedikit mempengaruhi fokus dalam minda pemain. Itu mungkin antara sebab De Gea turut hilang fokus di atas padang.
Meet Anthony Martial, our assistant manager. He earns £250,000 a week to watch our players warm up. pic.twitter.com/nFzaASzKOZ
— The Old Trafford Show (@oldtraffordshow) April 29, 2019
Manchester United kini bergelut dengan prestasi. Mereka gagal mencatatkan keputusan positif dalam beberapa perlawanan terakhir dalam usaha mereka mahu ke UCL musim hadapan.