Pengendali Manchester United memuji kecemerlangan para pemainnya menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan penalti berhadapan dengan Rochdale.
Manchester United hampir dikejutkan oleh Rochdale, dalam aksi Carabao Cup.
United diikat 1-1 oleh pasukan bawahan liga tersebut, selepas mendahului menerusi Mason Greenwood.
Ole Gunnar berbangga kerana para pemainnya sekali lagi mengulangi kepakaran mereka dalam penentuan penalti, seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Manchester United menang 5-3 dalam penentuan sepakan penalti tersebut.
Bercakap kepada laman rasmi Man United, Solskajaer berkata: “Ya, kami mengendalikan penentuan penalti dengan sangat baik. Rasanya setiap pemain mahu mengambil sepakan penalti itu, sama seperti ketika menentang AC Milan di Cardiff.”
“Saya kagum dengan keyakinan semua pemain untuk mengambil penalti.”
“Dan [Daniel James], misalnya, beliau sendiri meminta untuk mengambil sepakan penalti. Ini yang anda mahu tengok. Anda mahu lihat pemain berkata: ‘berikan kepada saya’.”
"Everyone wanted to take a penalty"
👀👀👀https://t.co/Tsag4oobjK #MUFC pic.twitter.com/fJkz2mHzMC
— Express Sport (@DExpress_Sport) September 26, 2019
Solskjaer kemudian menjawab soalan wartawan yang bertanya, kenapa Pogba tidak mengambil penalti. Solskjaer berseloroh menyatakan beliau yang menghalang Pogba daripada terlibat.
https://twitter.com/UnitedNewsApp/status/1177144846529847297
Solskjaer mengakui pasukannya agak kecewa kerana gagal mendapat gol kedua meskipun banyak kali menyerang. Namun beliau memuji semangat para pemain yang berterusan mencuba mencari gol tambahan.
Manchester United akan berhadapan dengan Chelsea dalam pusingan ke-4.