Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui yang beliau sebenarnya tersilap menggunakan pemain midfield, Bruno Fernandes musim lalu.
Fernandes turun beraksi sebanyak 58 kali untuk United dalam saingan Premier League musim lalu dengan beliau berjaya membantu Red Devils mengakhiri saingan di kedudukan kedua.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam membantu Manchester United mara ke perlawanan akhir saingan Europa League musim lalu.
https://twitter.com/UtdLegion/status/1424275490609713154?s=19
Pemain kebangsaan Portugal itu berjaya menjaringkan 28 gol dan mencatatkan 18 assists sepanjang tempoh tersebut, namun Solskjaer mengakui yang beliau seharusnya memberikan Fernandes lebih banyak masa untuk berehat.
Solskjaer mendedahkan kepada ESPN bahawa:
“Bruno tahun lalu…. Mungkin saya terlebih menggunakan dia tapi ia kerana dia terlalu penting untuk kami.”
United pada musim baharu ini telah menambah kekuatan di bahagian jentera serangan mereka untuk menghadapi saingan musim 2021/22.
Manchester United telah menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini dengan mereka sememangnya memerlukan khidmat pemain yang boleh bermain di posisi sayap kanan.
Jesse Lingard 'determined to fight for United place' after Ole Gunnar Solskjaer talks #mufc https://t.co/fXNUqeybi4 pic.twitter.com/lRwQffCXJA
— Man United News (@ManUtdMEN) August 4, 2021
Mereka juga mempunyai Jesse Lingard yang telah kembali dari West Ham dan bakal memberikan lebih banyak pilihan di posisi serangan untuk Solskjaer.
“Menambah beberapa pemain tambahan, Jesse sudah kembali, Jadon sudah di sini, Anthony Martial sudah kembali cergas, ia akan beri kami lebih banyak untuk diusahakan.”
Fernandes kembali beraksi dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Everton malam semalam dengan beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dalam aksi kemenangan 4-0 United menewaskan The Toffees semalam.
Dengan penambahan pemain di posisi serangan, Ole sepertinya boleh membuat perancangan baru tentang bagaimana untuk beliau tidak terlalu memerah pemain seperti Fernandes.
Seorang lagi pemain yang khidmatnya ditagih oleh para peminat adalah Donny Van De Beek yang mana ramai mahu melihat beliau memberikan sesuatu lebih baik pada musim baharu ini.
🗣️ '𝗛𝗲'𝘀 𝗯𝗲𝗲𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗲𝗹𝗹 𝗳𝗼𝗿 𝘂𝘀, 𝗽𝗹𝗮𝘆𝗲𝗿𝘀 𝘄𝗵𝗼 𝗵𝗮𝘃𝗲 𝗯𝗲𝗲𝗻 𝗼𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗮 𝘄𝗵𝗶𝗹𝗲 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘀𝗼𝗺𝗲 𝗺𝗼𝗿𝗲 𝘀𝗵𝗮𝗿𝗽𝗻𝗲𝘀𝘀'
🎙️ Ole Gunnar Solskjaer outlined his plans for @AnthonyMartial ahead of the new season#MUFC pic.twitter.com/qO6QJTlPpT
— Man United News (@ManUtdMEN) August 7, 2021
Beliau tiba dari Ajax pada musim panas yang lalu, ramai merasakan Van De Beek akan membawa dimensi baru dalam jentera tengah United.
Pemain kebangsaan Netherlands itu hanya diturunkan sebanyak empat kali sahaja dalam kesebelasan utama United pada musim lalu.
Beliau sebelum ini sering dikaitkan dengan bakal meninggalkan Manchester United dengan media Belanda menggesa bekas bintang Ajax itu untuk meninggalkan Old Trafford.
Walau bagaimanapun, De Beek kembali menjalani sesi latihan pra musim bersama Man United dengan semangat baru dan tenaga kejurulatihan dikatakan berbangga dengan prestasi yang beliau tunjukkan.
Bruno Fernandes And Ole Gunnar Solskjaer Have Both Gone Out Of Their Way To Praise Donny Van De Beek Ahead Of The New Season https://t.co/354X1FofQw
— I AM CODED 🤡 + ♥️ + 💡 (@CodedUpdate) August 6, 2021
Solskjaer kemudian menambah lagi dengan menyatakan:
“Dia (Van De Beek) sudah ada otot sekarang, yeah. Dia memanfaatkan masa musim lalu untuk faham bola sepak Inggeris, dan dia gunakan musim panas ini dengan baik juga. Kamu tak akan tahu bagaimana pemain luar nak biasakan diri di sini, ada sesetengah pemain memerlukan bertahun-tahun.”
“Kamu tengok perkembangan dan evolusi Fred dan ada juga pemain lain yang datang sini terus bersinar (Fernandes) ia bergantung kepada pemain itu sendiri.”
Sama seperti Sancho, Varane turut akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United dengan ‘winning mentality’ beliau sangat diperlukan.
Bruno Fernandes agrees with Ole Gunnar Solskjaer over Man Utd's 'next Michael Carrick' https://t.co/IY70X8zYRc pic.twitter.com/gM0pqhNVwt
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 5, 2021
Ketika ditanya tentang tekanan yang dirasai berkait penandatanganan mega, Solskjaer mendedahkan bahawa:
“Kamu akan sentiasa berada di bawah tekanan. Di kelab ini, dengan tanggungjawab, ia bukan hanya berpaut pada kerja kamu, ia tentang tanggungjawab yang kamu pikul.”
Ole Gunnar Solskjaer makes Bruno Fernandes confession which confirms Man Utd fans' fearshttps://t.co/kvdy70cqZG pic.twitter.com/apkSvEEQ2j
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 6, 2021
“Kita ada jutaan penyokong, para pemain, kelab sendiri, para petugas.. dan tanggungjawab kami adalah untuk menghasilkan keputusan yang baik. Asalkan setiap kali kamu dapat keputusan kamu harus perbaiki, itulah apa saya lakukan dengan memperbaiki segala kelemahan. Janji kamu semua nampak perubahan.”