Solskjaer Akui Bruno Fernandes Akan Bantu Peningkatan Prestasi McTominay

Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kehadiran Bruno Fernandes bukan sahaja dapat membantu dalam meningkatkan kekuatan pasukan tetapi sebaliknya terdapat individu yang bakal mendapat manfaat daripada kehadiran pemain kelahiran Portugal.

Individu yang dimaksudkan oleh Solskjaer ialah pemain tengah sedang meningkat naik pada ketika ini, Scott McTominay.

Solskjaer melihat kombinasi McTominay bersama Fernandes mampu untuk merintis kepada peningkatan prestasi berusia 23 tahun tersebut sekaligus menjadi pemain bola sepak yang lebih baik.

”Bruno (Fernandes) mampu membantu Scott (McTominay) untuk meningkat. Bruno pasti akan memberikan lebih banyak bimbingan dalam membantu pemain-pemain muda.”

”Saya tidak boleh memanggil Scotty sebagai budak, dia sudah berusia 23 tahun tetapi dia masih dalam proses pembelajaran.”

”Bruno tahu di dalamnya, dia berada di kawasan sekeliling (dengan pemain muda), dia telah mengalami turun dan naik prestasinya,” ujar Ole Gunnar Solskjaer bercakap kepada Mirror UK.

”Dia telah beraksi di Itali dan Portugal, jadi dia telah belajar untuk menghadapi halangan, dia akan membantu kesemua (pemain muda) termasuklah Scotty.”

Pada tiga perlawanan terakhir ketika bertemu Club Brugge, Everton dan Club Brugge, Solskjaer telah meletakkan Fernandes dan McTominay bersama-sama bergandingan di jentera tengah sebagai kesebelasan utama

Kredit foto: Peter Byrne/PA Images via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN