Penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat disahkan sebahai pemain pertama Malaysia yang tampil dalam enam edisi Piala AFF Suzuki bermula pada 2010, yang mana telah mengangkat Malaysia sebagai juara.
Penulis sukan yang juga merupakan pengumpul data sukan di Malaysia, Devinder Singh mengesahkan Khairul Fahmi merupakan pemain pertama yang telah dibawa ke setiap edisi Piala AFF sejak kemunculan pertamanya pada 2010. Dalam lima edisi sebelum itu, tiga kali Malaysia mara ke pentas final, sekali menjulang kejuaraan.
Khairul Fahmi Che Mat becomes 1st Malaysian to appear in 6 AFF Cup campaigns
First AFF Cup appearance for Junior Eldstal & Guilherme De Paula#HarimauMalaya https://t.co/DfjLgCVitG
— Devinder Singh (@devinder00) December 6, 2021
Pada 2010, ketika menjulang kejuaraan, Khairul Fahmi adalah penjaga gol utama Harimau Malaya dan beraksi dalam kedua-dua aksi perlawanan akhir berdepan Indonesia. Empat tahun kemudian, Farizal Marlias tampil mengambil alih posisi benteng akhir skuad negara dalam kedua-dua aksi di pentas final berdepan Thailand.
Seakan-akan mengikut corak yang sama, Malaysia mara lagi ke final empat tahun selepas itu dan ketika itu, Farizal Marlias merupakan penjaga gol skuad negara dalam kedua-dua aksi di pentas final berdepan Vietnam. Untuk edisi kali ini, nama Farizal Marlias telah digugurkan oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Apex beraksi cukup mantap dalam perlawanan tadi. Terbang sini sana menepis bola. Penalti pun hampir diselamatkan.
.
Sebenarnya Apek pelik kenapa penalti dan pemain Kemboja pun tak diminta bagi penalti.. pic.twitter.com/kHyxW1xRbz— Empayar Bola (@empayarbola) December 6, 2021
Mungkin rezeki juga buat Khairul Fahmi apabila disebalik kisah duka rakan sejawatnya di gawang, Khairulazhan Khalid disahkan positif COVID-19, beliau akhirnya diturunkan dalam aksi pertama Harimau Malaya berdepan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan B, Piala AFF 2020. Dan Malaysia meraih kemenangan selesa 3-1.
Walaupun tidak pernah terlepas dibawa ke lima edisi Piala AFF sebelum ini, sebenarnya kali terakhir Khairul Fahmi tampil menjaga gawang skuad kebangsaan adalah pada Mac 2019 – ketika menang 2-1 ke atas Afghanistan dan selepas lebih dua tahun, barulah namanya kembali ke dalam senarai skuad kebangsaan.
Baddrol Bakhtiar Sumbat Gol, Namun Tiada Masalah Uzbekistan ‘Ketis’ Malaysia
Beliau akhirnya kembali dipanggil pada Oktober lalu dan telah tampil untuk satu perlawanan persahabatan.
Dalam aksi pertama semalam, Khairul Fahmi tampil cemerlang dengan menafikan sekurang-kurangnya lima percubaan tepat daripada enam yang dihasilkan oleh pihak lawan. Namun, hasil kesilapannya di minit ke-90 akhirnya memberikan Kemboja sepakan penalti menyebabkan beliau dibolosi satu gol di saat-saat akhir.
Singapore's Daniel Bennett open to seventh AFF Suzuki Cup appearance – https://t.co/tAyLVlUCbr pic.twitter.com/EjVRrkJttw
— FootballOnLive (@FootballOnLive) July 5, 2016
Dalam ciapan Devinder Singh di Twitter, turut ditanya tentang pemain yang memiliki penampilan terbanyak di Piala AFF, namun, beliau tiada jawapan untuk itu sebelum pemilik akuan, Gary Koh menjelaskan yang pemain naturalisasi Singapura, Daniel Bennett telah tampil dalam tujuh edisi – menjadikannya yang terbanyak.
Begitupun, masih tidak dapat dipastikan selain Daniel Bennett dan Khairul Fahmi, masih ada atau tidak pemain yang tampil lebih banyak berbanding mereka dalam kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan sejak 1996 itu.