Apa lagi yang harus dikatakan kepada pendatang baru Liga Super KLFA musim ini. Dalam Liga Super, mereka sudah menang ke atas JDT, kemudian kejutkan Kedah pada masa kecederaan.
Malam semalam mereka singkirkan Melaka daripada Piala FA. Jadi, diharap ini sudah cukup untuk meningkatkan lagi kehadiran anak kota ke stadium menyaksikan pasukan yang penuh dengan kejutan setakat ini.
Namun begitu, malam Piala FA pada 17 Mac pastinya bakal diingati sebagai malam Ahmad Solehin, penjaga gol Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur ketinggalan seawal minit ke-4 selepas penyerang sensasi Melaka, Yahor Zubovich. Beliau menerima hantaran Khair Jones. Sang Tropedo dari Belarus ini seakan-akan sukar dihentikan.
Namun pada minit ke-31, penyerang sensasi mereka, Guillherme de Paula menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran pemain yang beraksi dalam Piala Asia B-23, Syazwan Andik.
Ini bukan pertama kali De Paula menjadi inspirasi kepada KLFA.
Selepas itu, Kuala Lumpur terpaksa bermain 10 orang. Pada minit ke-63, Boburjon Akbarov diarahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.
K.Lumpur berjaya mengheret Melaka ke penentuan sepakan penalti dengan 10 pemain untuk selama kira-kira sejam.
K.Lumpur seakan-akan mengulangi episod pada 2016, di mana mereka menyingkirkan Melaka menerusi sepakan penalti.
Melaka tewas 1-3 dalam penentuan penalti. Berdasarkan sumber KLFA, ini adalah rekod bersih 11 daripada 11 oleh Kuala Lumpur dalam penentuan sepakan penalti dalam Piala FA.
Melaka terlepas 1 piala pada musim ini. Manakala Kuala Lumpur akan meneruskan episod kejutan mereka pada musim ini.
Tahniah KLFA dan agak kurang bernasib baik untuk Melaka apabila gagal memenangi perlawanan menentang 10 pemain K.Lumpur untuk baki kira-kira 30 minit (termasuk masa kecederaan) dan 30 minit lagi penentuan masa tambahan.
Penjaga gol Kuala Lumpur, Ahmad Solehin cemerlang sepanjang perlawanan ini. Beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menyelamatkan sepakan pertama Khair Jones dan yang ke-3 oleh Puaneswaran dan yang ke-4 oleh Thiago Gomes.
Kemenangan ini membolehkan KLFA memperbaiki pencapaian musim lalu apabila mereka tersekat di pusingan ke-3. Melaka gagal mara ke pusingan ke-4 seperti musim lalu.