Pengurus Real Madrid, Santiago Solari masih menyimpan harapan menggunung bahawa skuad bimbingannya mampu untuk bersaing bagi merebut kejuaraan La Liga musim ini.
Los Blancos ketika ini menghuni tangga ketiga selepas mengumpul 36 mata. Ketinggalan tujuh mata dibelakang Barcelona di tangga teratas. Barcelona bagaimanapun masih kekurangan satu perlawanan.
Solari berpendapat pasukannya mampu untuk bersaing dalam merebut kejuaraan selepas Real Madrid berjaya menundukkan Sevilla 2-0 hasil jaringan Casemiro dan Luka Modric.
”Kami berjuang dalam tiga pertandingan sehingga ke akhirnya, seperti kebiasaan. Bagi Real Madrid, tiada yang mustahil.”
”Saya sentiasa menikmati bola sepak dan pertandingan, ia adalah keghairahan kami dan kami menyukainya walaupun pada masa yang sukar.”
”Kami bersemangat untuk bersaing dan jelas lebih baik untuk menang, tiada siapa yang dapat menafikannya.”
Saingan La Liga musim ini memperlihatkan sedikit kegoyahan buat Real Madrid selepas mereka tumpas enam perlawanan selepas melalui 20 perlawanan.
Keadaan yang memaksa mereka memecat pengurus terdahulu, Julen Lopetegui pada Oktober 2018 dan digantikan dengan Santiago Solari.