Sol Campbell Tewas Perlawanan Pertama Dalam Saingan League Two Sebagai Pengurus

Sol Campbell

Bintang Arsenal, Sol Campbell telah dilantik sebagai pengurus kelab EFL League Two, Macclesfield Town pada 29 November lalu.

Bekas pemain pertahanan kental yang berusia 44 tahun itu dilantik bagi menggantikan Mark Yates.

Bagamainapun beliau menerima nasib kurang baik pada aksi sulung dalam saingan liga selepas skuad bimbingannya tewas kepada Colchester United melalui gol tunggal Mikael Mandron pada minit ke-29.

Pengalaman

Sebenarnya perlawanan menentang Colchester semalam merupakan perlawanan kedua kompetitif buat Sol Campbell.

Pertengahan minggu lalu, Macclesfield Town bertembung pasukan Newcastle Bawah-23 dalam saingan EFL Checkatrade Trophy.

Namun begitu, Macclesfield Town turut tewas melalui sepakan penalti 5-3 dan gagal mara ke pusingan ketiga.

Kelab pengurus muda

Newcastle United antara kelab yang pernah menggunakan khidmat Sol Campbell. (Photo by Ian Horrocks/Newcastle United via Getty Images)

Kehadiran Sol Campbell menambahkan bilangan pengurus yang dahulunya menjadi pemain di Liga Perdana Inggeris. Sebagai contoh, Frank Lampard kini menjadi pengurus Derby County dalam saingan EFL Championship.

Sol memberitahu BBC bahawa beliau telah membuat permohonan menjadi pengurus dengan begitu banyak. Akhirnya, Macclesfield Town yang digelar Silkmen menjadi destinasinya pertama sebagai pengurus.

Pengalaman memenangi dua medal Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal boleh membantu Macclesfield. Selepas bersama Gunners, beliau bermain di Portsmouth, Notts County dan Newcastle.

Macclesfield di mana?

Macclesfield kini menduduki tangga ke-24 dalam carta EFL League Two. Mereka hanya mengutip 13 mata daripada 21 perlawanan diharungi.

Mereka memenangi 3 perlawanan dan 4 seri sahaja serta diancam penyingkiran divisyen ke National League. Kedudukan dua terbawah dalam EFL League Two akan tersingkir divisyen.

Selamat datang ke dunia pengurusan sebenar untuk Sol Campbell!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN