Sol Campbell Beri Amaran Kepada Arsenal Supaya Lindungi Pemain Muda

Legenda Arsenal, Sol Campbell tampil memberi amaran kepada Arsenal supaya melindungi kesemua bakat muda mereka terutama, Bukayo Saka.

Campbell percaya yang bekas kelabnya itu sering membuat kesilapan dengan melepaskan bakat-bakat muda yang berbakat dan hebat sebelum ini.

Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu hal yang sama berulang kembali dan tidak mahu ada lagi bakat berpotensi yang dilepaskan begitu sahaja oleh kelab.

Bercakap kepada talkSPORT, legenda berusia 47 tahun itu menyatakan bahawa:

“Ketika kamu dapat pemain muda yang tampil dan menunjukkan potensi yang hebat, sangat bagus, kamu perlu lindungi mereka, kamu perlu jaga mereka.”

“Mereka merupakan pengaruh yang kuat untuk penyokong, untuk negara mereka, England dan paling penting untuk Arsenal.”

Campbell turut mendedahkan tentang kesan-kesan dari kesilapan Arsenal yang sering menangguhkan tawaran lanjutan kontrak kepada pemain.

“Kamu tak boleh biarkan kontrak pemain terbaik kamu tergantung dan menyebabkan mereka memilih untuk move on hanya kerana kamu mengambil masa yang terlalu lama.”

Jelas Campbell lagi.

“Hal ini sudah pernah berlaku sebelum ini tapi itu semua kerana tawaran lumayan, sangat lumayan, ambil masa yang terlalu lama untuk jaga kontrak mereka. Kenapa?”

Bekas pemain centre-back Gunners itu kemudiannya menyatakan:

“Ketika kelab mengambil masa yang terlalu lama untuk lindungi pemain masa hadapan sendiri, dan jika mereka perlu menunggu terlalu lama, mereka sudah tentu akan dapat tawaran lumayan dari kelab lain.”

“Kadang kala kamu boleh bersetuju dengan harga, tapi jika kamu tunggu enam bulan (untuk pastikan kontrak ditandatangani), harga dia sudah tentu akan lebih berbeza, ia mungkin lebih banyak.”

Saka merupakan salah seorang pemain terbaik Arsenal sejak kebelakangan ini dengan pemain kebangsaan England itu menjadi nadi utama untuk jentera serangan Gunners.

Saka telah berjaya menjaringkan enam gol dan turut mencatatkan empat assists dari 21 perlawanan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Kontrak pemain sayap yang datang dari akademi itu bakal berakhir pada tahun 2024 nanti, yang mana ia dua tahun sahaja dari sekarang.

Beliau pada ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani perjanjian bersama Liverpool dengan Saka sendiri berminat untuk ke Anfield.

Arsenal sebaik mendengar hal tersebut dengan segera memulakan rundingan untuk menawarkan kontrak baru kepada Bukayo Saka.

Bukayo Saka merupakan pemimpin kepada revolusi pemain muda Gunners

Saka telah melakukan debutnya untuk skuad Arsenal pada tahun 2019 yang lalu, dan beliau dengan segera berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Gunners.

Beliau telah membuat 109 penampilan untuk Arsenal setakat ini dan turut cemerlang menjaringkan 17 gol dan mencatatkan 25 assists sepanjang tempoh tersebut.

Saka dianggap pemimpin kepada revolusi skuad muda Arsenal yang membariskan pemain seperti, Emile Smith Rowe, Martin Odegaard dan Kieran Tierney.

Mikel Arteta sendiri turut mahu menggunakan tenaga-tenaga muda dalam menaikkan semula Arsenal selepas beliau menandatangani Ben White dan Aaron Ramsdale pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Usaha beliau sepertinya bakal membuahkan hasil selepas mereka kini berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League.

Saka merupakan nadi utama yang membantu menaikkan Arsenal yang memulakan kempen saingan ini dengan teruk, dan kini mereka sedang menjadi pencabar utama untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN