Pemain pertahanan Arsenal, Sokratis Papastathopoulos memohon maaf kepada penyokong Arsenal dan berkata beliau bertanggungjawab di atas kehancuran yang berlaku pada separuh masa kedua ketika menantang Watford.
Skuad kendalian Unai Emery itu dilihat mampu mencapai kemenangan mudah selepas dua go Pierre-Emerick Aubameyang sebelum rehat separuh masa memberi kelebihan selesa kepada The Gunners.
Walau bagaimanapun, Watford mengaum kembali di Vicarage Road selepas permainan bersambung semula pada babak kedua sekaligus meraih satu mata penting hasil dari kesilapan Sokratis.
Selepas menerima bola dari penjaga gol Bern Leno dalam kawasan sendiri, pemain antarabangsa Greece itu kemudian membuat hantaran ke depan tetapi dipintas oleh Gerard Deulofeu.
Tom Cleverley memanfaatkan kesilapan itu dan membawa The Hornets kembali bersaing dengan merapatkan kedudukan.
14 October 2017 ➡️➡️➡️ 15 September 2019
701 days passed since Tom Cleverley last scored a #PL goal at home for Watford, both times against Arsenal#WATARS pic.twitter.com/GO3qPmY61j
— Premier League (@premierleague) September 15, 2019
Sembilan minit sebelum perlawanan tamat, seorang lagi pemain pertahanan Arsnel, David Luiz melakukan kesilapan bodoh dengan menjatuhkan Roberto Pereyra dalam kotak penalti.
Penyerang Argentina itu tidak mensia-siakan peluang sepakan penalti berkanaan dengan menterjemahkannya menerusi jaringan penyamaan dan memastikan Arsenal pulang hampa tanpa mata penuh.
31 – Arsenal faced 31 shots in their 2-2 draw against Watford, the most they have ever faced in a @premierleague fixture since Opta began collecting such data in the division in 2003-04. Barrage. pic.twitter.com/v6HET8uuEx
— OptaJoe (@OptaJoe) September 15, 2019
Pengurus Arsenal, Unai Emery rela dipersalahkan dengan keputusan tersebut sejurus perlawanan berakhir dan mengatakan pemilihan taktikal dan pemain merupakan tanggungjawab beliau sepenuhnya.
Beliau mengharapkan pemain muda yang diturunkan akan beroleh pengajaran dan pegalaman daripada situasi yang berlaku dalam perlawanan ini.
Sokratis pula merasakan beliau yang perlu dipersalahkan dan mengutuskan permohonan maaf kepada semua penyokong arsenal melalui media sosial.
“Keputusan hari ini tidak memihak kepada kita,” kata pemain berusia 31 tahun ini dalam akaun Twitter miliknya. “Saya rasa bertanggungjawab atas keputusan ini, jadi saya mahu memohon maaf kepada kamu semua.
“Saya tidak suka untuk menyembunyikan [rasa bersalah] dan saya akan berusaha lebih keras dalam memastikan matlamat utama pasukan dapat dicapai.”
Today’s result is not good for us. I feel responsible for this result, so I would like to apologise to all of you. I don’t like to hide, and I will keep working hard in order to achieve our goals. pic.twitter.com/to7IOViTcS
— Sokratis Papastathopoulos (@SokratisPapa5) September 15, 2019
Keputusan seri itu meletakkan Arsenal di tangga ketujuh dalam kedudukan liga dengan hanya lapan mata dari lima perlawanan.
Cabaran Arsenal seterusnya adalah perjalanan ke Jerman untuk pertemuan dengan Eintracht Frankfurt bagi aksi pembukaan peringkat kumpulan Piala Europa pada awal pagi Jumaat.
Kemudian mereka akan menerima kunjungan Aston Villa dalam perlawanan EPL pada Ahad nanti.