Ini Tips Menjawab Soalan Maut Aidilfitri Dengan Laras Bola Sepak

Pernah menghadapi soalan-soalan semasa sesi ramah mesra tika Aidilfitri? Kami dari kalangan penulis turut menghadapi soalan sebegini. Maka, kami mendapat ilham untuk memberikan jawapan-jawapan yang bijaksana dan santai.

Amaran: pihak kami tidak akan menanggung sebarang risiko hubungan anda akan renggang selepas itu.

Bila nak sambung belajar, kan baru habis SPM?

Jawapan: Saya mempunyai pelbagai pilihan. Rasanya jika Pak Long ada saranan baik, apa salahnya bertemu ejen saya. Ejen saya ialah ibu dan bapa saya, sebab mereka yang akan menanggung kos perpindahan saya dari sekolah ke alam universiti.

Bila nak habis belajar, bukan kah extend?

Jawapan: Saya dan pihak universiti menghidupkan klausa one-year option. Kami secara suka sama suka meneruskan kerjasama demi kejayaan kedua-dua pihak.

Dah habis belajar, bila nak kerja?

Jawapan: Hantaran CV dan resume sudah dibuat. Pelbagai cara hantaran dibuat. Mungkin CV saya tak cukup tackle untuk mendapat perhatian HR. Rasanya tackle kena dibuat kemas agar ramai pihak tertarik sehingga market value saya naik.

Bila nak kahwin?

Jawapan: Saya belum bersedia untuk berhijrah ke fasa baru kehidupan saya. Mungkin selama ini saya berperanan sebagai penyerang tunggal. Mungkin tiba masanya, saya memerlukan pasangan. Mak Ngah ada calon? Boleh tolong cadangkan sesiapa?

Bila nak dapat anak? Anak Pak Andak dah ada, takkan kau tak ada?

Fernando Torres salah sasaran.

Jawapan: Sedangkan Fernando Torres sepak bola kena palang, inikan saya tersasar dari perancangan. Mungkin game plan kena tukar!

Taknak tambah anak?

Jawapan: Kami tak sasarkan untuk menubuhkan 1 pasukan bola sepak. Mungkin dengan budget yang ada, kami hanya akan menubuhkan 1 pasukan futsal. Maklumlah kos sara hidup dah tinggi. GST lagi.

Cawangan baru?

Jawapan: Saya tidak sekaya Tan Sri Vincent Tan boleh beli banyak kelab macam Cardiff City dan Sarajevo, Mak Uda. Agaknya saya kena sekaya dia kot baru kuota penuh!

Diharapnya semua pembaca dapat terhibur dengan jenaka kecil ini. Tapi berhati-hati agar tiada siapa terguris!

Selamat ziarah-menziarahi di Aidilfitri mulia ini.

Jangan lupa kongsikan pula tips dari anda dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN