“Soal Pemain Warisan?” – FAM Akui Sentiasa Bersifat Terbuka

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil dengan kenyataan mereka sentiasa bersifat terbuka soal pemain warisan untuk menerima bantuan daripada mana-mana pihak luar ketika ini dengan lebih ramai.

Ketika ini, Malaysia dilihat kembali memberi fokus kepada status pemain warisan yang berada di luar negara untuk dikesan serta dinilai bagi memperkukuhkan pasukan bola sepak kebangsaan.

Apa dilakukan badan induk tersebut kini menyamai usaha yang sedang giat dilakukan oleh Indonesia untuk mendapatkan lebih ramai pemain-pemain warisan berkualiti untuk didaftarkan dalam skuad bola sepak mereka.

Menurut Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, mereka sentiasa memantau mana-mana pemain warisan berkualiti serta berpotensi untuk menaikkan bola sepak Malaysia selain bersifat terbuka menerima apa-apa pandangan.

“Soal pemain warisan memang kita sentiasa memantau tetapi kalau ada pandangan daripada mana-mana pihak pun bagus juga. Saya tidak pasti pihak kedutaan ada data atau tidak tetapi kalau ada baguslah.

“Di pihak FAM, kita sentiasa bersikap terbuka dan sedia untuk terima apa juga pandangan demi kebaikan bola sepak kita,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh KOSMO.

Ketika ini, Malaysia sebenarnya sudah memiliki ramai pemain warisan yang didaftarkan sejak tahun-tahun lalu dan paling meninggalkan impak sudah tentu terarah kepada Dion Cools.

Selain itu, beberapa nama pemain warisan lain seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Nooa Laine, serta David Rowley antara pernah dan masih memberi sumbangan penting buat pembangunan bola sepak Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Laporan sebelum ini juga menyatakan beberapa lagi pemain warisan yang memiliki pertalian darah bersama Malaysia berkemungkinan bakal menyertai skuad kebangsaan dengan lebih cepat pada masa hadapan.

Antara nama disebut-sebut sudah tentu terarah kepada Mats Deijl serta Wan Kuzain selain nama-nama besar lain turut meniti dalam kalangan peminat di media sosial.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu terarah kepada nama-nama bintang bola sepak lain di England yang turut dikaitkan bersama Harimau Malaya seperti Joshua Brownhill, Marcus Tavernier, Emile Smith Rowe, Lewis Dobbin, Kiernan Dewsbury-Hall dan ramai lagi.

Penghargaan sudah tentu perlu diberikan kepada laman FR Future Talents yang giat berusaha mencari serta memperkenalkan ramai pemain bola sepak dari luar negara memiliki pertalian darah bersama Malaysia.

Kehadiran pemain-pemain tersebut sudah tentu memberi nilai tambah buat Pau Marti Vicente untuk terus mempersiapkan barisan terbaik untuk terus menjulang Malaysia ke arah lebih tinggi di pentas antarabangsa.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN