Manchester United dan Inter Milan masih gagal untuk mencapai persetujuan bekenaan perpindahan Alexis Sanchez.
Kelab Serie A itu berharap perpindahan pemain itu boleh disahkan – dipersetujui secara pinjaman – pada minggu ini.
Namun perkara yang menjadi penghalang ialah gaji pemain tersebut yang bernilai £390,000 seminggu. Inter dikatakan hanya bersetuju membayar kurang separuh dari nilai tersebut.
Bagi United, permintaan ini tidak munasabah walaupun Sanchez sendiri mahu pergi ke San Siro.
Manchester United and Inter Milan are yet to reach an agreement over a deal for forward Alexis Sanchez.
More here ? https://t.co/Ae7ajP0Wgm pic.twitter.com/6hcxzvIcwf
— BBC Sport (@BBCSport) August 22, 2019
Bekas pemain Arsenal dan Barcelona tersebut akan kembali bergandingan dengan bekas pemain United, Romelu Lukaku – tetapi turut dikatakan tidak sanggup menerima pengurangan gaji untuk memudahkan proses perpindahan.
Inter tetap yakin untuk mendapatkan pemain antarabangsa Chile yang jelas gagal menterjemahkan prestasi lamanya bersama Arsenal sejak menyertai United pada Januari 2018. Pemain itu hanya menjaringkan lima gol selama semusim setengah bersama United.
Jika Inter gagal menaikkkan nilai bayaran gaji, Sanchez berkemungkinan besar akan kekal di Old Trafford namun mendapati dirinya sukar untuk memperolehi minit perlawanan, dengan pemain lain seperti Marcus Rashford, Anthony Martial, Mason Greenwood menjadi pilihan utama oleh Ole Gunnar Solskjaer.