Slot Pemain Import Asean: Antara Keperluan & Promosi Buat Pasukan

Suatu kejutan dipamerkan oleh Sri Pahang apabila pasukan ini berjaya mendapatkan khidmat pemain import bagi slot Asean yang berkualiti, Billy ketkeophomphone untuk memberi sengat di bahagian serangan musim ini.

Jika diteliti, Sri Pahang pada musim lalu bukanlah satu pasukan yang berjaya apabila tiada sebarang kejuaraan diraih dalam Liga Malaysia (Liga-M) serta kedudukan liga yang tidak begitu memberansangkan dengan menduduki carta ke-10 Liga Super.

Dalam saingan Piala Malaysia, skuad kendalian Dollah Salleh ini tersingkir lebih awal apabila hanya menduduki kedudukan ketiga di peringkat kumpulan. Sri Pahang juga tidak layak untuk beraksi di saingan AFC pada musim ini.

Tetapi bagaimana mereka berjaya menyakinkan Billy untuk beraksi di Liga Malaysia yang kurang kompetitif dan pasukan yang tidak seberapa mantap ini?

Billy merupakan pemain bintang negara Laos. Kehadiran pemain ini sentiasa dibanggakan penyokong sana kerana beraksi di Ligue 2.

Rekod beliau juga bagus sepanjang di Perancis dan aksi permainan yang dipamerkan Billy juga jelas memberi impak bersama pasukan negara.

Apa yang penting, Sri Pahang sudah boleh menarik nafas lega mengenai promosi pasukan mereka kerana diyakini para penyokong Laos pastinya tertarik untuk mengikuti pasukan ini.

Sebelum itu kita pernah melihat bagaimana fenomena Chan Vathanaka yang turut berjaya menarik penyokong Kemboja untuk melihat aksi pemain itu bersama PKNS dengan lambakan komen positif di laman sosial pasukan tersebut.

Chan bukanlah pemain buangan atau pemain yang tak ternama dengan rekod yang buruk, beliau antara pemain terbaik skuad kebangsaan dan berjaya meninggalkan impak bersama PKNS.

Pentingnya pengambilan slot Asean ini adalah dapat memberi promosi bersama pasukan jika pemain tersebut mempunyai nama besar di negara.

Buruknya pengambilan slot Asean ini jika diambil pemain yang langsung tiada impak bersama skuad negara dan langsung tiada rekod bagus untuk dibawa promosi.

Contoh yang bagus apabila Selangor mengambil Hein Htet Aung, seorang pemain muda dari negara Myanmar yang mendapat gelaran pemain muda terbaik di Liga Myanmar pada tahun 2020.

Pemain ini juga meninggalkan impak yang baik bersama pasukan dengan promosi yang menyerlah untuk peminat dari negara tersebut memberi reaksi positif bersama pasukan diwakili beliau.

Lebih penting, Selangor boleh merangka projek jangka masa panjang bersama pemain ini kerana umur yang masih muda.

Ada rekod yang bagus, ada nama yang terkenal, dan berjaya mencipta promosi bersama pasukan diwakili antara perkara positif mengenai slot Asean ini jika diperhalusi.

Bagaimana Kedah?

Pasukan yang bakal mewakili negara dalam saingan Piala AFC ini telah menandatangani seorang pemain kacukan Jerman dan Thailand, Dennis Buschening untuk beraksi bersama.

Tiga ciri mengenai pemain ini dalam kategori slot Asean masih tiada.

-Rekod bagus

-Nama besar

-Mencipta promosi untuk pasukan

Tetapi mungkin ada sesuatu yang istimewa dipandang oleh pengurusan Kedah berbanding pasukan-pasukan lain yang membuatkan Dennis dipilih.

Sedangkan pasukan JDT pun tidak memandang enteng mengenai slot Asean walaupun pasukan mereka dipenuhi pemain bintang.

Ini kerana pasukan tersebut bertujuan untuk mempromosikan pasukan mereka buat penyokong di Indonesia kerana pemain muda ini turut menjadi tumpuan utama.

Berbanding di Kedah, pemain slot Asean ini sudah berusia lingkungan 30 tahun dan segelintir penyokong melihat Dennis masih mampu digilap dan mengharapkan magis permainan beliau boleh meninggalkan impak.

Ada juga alasan yang tidak munasabah diberikan seperti harga pemain ini yang murah menyebabkan pasukan berjaya mendapatkan khidmat beliau untuk musim hadapan.

Adakah Kedah lokek untuk mengeluarkan taraf belanja untuk sesuatu yang bagus atau kantung kewangan yang menipis?

Jika kantung kewangan nipis, tiada kewajiban ditetapkan oleh badan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai pengambilan kuota slot Asean dan Kedah boleh merancang akan keperluan slot itu pada sesi jendela perpindahan kedua nanti.

Apapun, dengan kemasukan Billy ini diharap lebih ramai pemain bintang Asean lain berminat untuk menyertai Liga Malaysia sekali gus dapat memberi prestij terbaik buat liga di negara kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN