Slogan ‘Visit Malaysia’ Dikekalkan Di Jersi Cardiff City Walaupun Tidak Ditaja Oleh Kementerian Pelancongan

Kelab Bola Sepak Cardiff City membuatkan keputusan untuk mengekalkan slogan ‘Visit Malaysia’ di depan jersi pasukan itu biarpun tidak mendapat penajaan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh pemilik kelab itu, Tan Sri Vincent Tan  yang berkata kepada Berita Harian, selama sembilan tahun beliau bersama kelab itu, Kementerian Pelancongan hanya memberi penajaan semusim sahaja ketika kelab itu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2013-2014.

Difahamkan kelab yang mendapat jolokan ‘Bluebirds’ ini telah mendapat sokongan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Vincent tan meraikan kejayaan kelab itu layak ke saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Menurut Vincent Tan, DYMM Sultan Johor telah bersetuju menaja kelab itu selama tiga tahun dengan nilai tajaan bernilai £3 juta (RM16 juta) semasa di saingan divisyen dua ‘Championship’ dan meminta kelab terus menggunakan slogan ‘Visit Malaysia’ di jersi kerana ia bagus untuk mempromosikan negara ini.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga rakan kongsi saya memberi penajaan kepada pasukan apabila kami meminta sokongan.

“Baginda memberikan penajaan 3 juta pound (RM16.05 juta) untuk tiga tahun lalu dengan setiap 1 juta pound (RM5.35 juta) diberikan setiap tahun ketika kami dalam saingan Liga Kejuaraan,” katanya dalam sidang media bersama pengurus kelab itu, Nei Warnock semalam.

Selepas kembalinya Cardiff City dalam saingan EPL pada musim 2018/2019 yang akan bermula Ogos depan, Vincent berharap kelab itu sekali lagi menerima penajaan daripada Kementerian Pelancongan.

“Sultan Johor berkata mahu meneruskan sokongan tetapi baginda mahukan saya berbincang dahulu dengan Menteri Pelancongan yang baharu kerana jumlah perbelanjaan yang diperlukan dalam EPL adalah lebih besar.

“Jadi, saya akan berjumpa Menteri Pelancongan selepas pelantikan dibuat dan berbincang dengannya cara untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.

Sebelum Kerajaan baharu ditubuhkan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menerusi Tourism Malaysia telah melantik Suarez selama setahun sebagai Duta Pelancongan Malaysia bagi mempromosikan industri pelancongan negara ini.

Vincent menyifatkan penajaan terhadap pasukannya lebih berbaloi berbanding memberi penajaan jutaan ringgit kepada penyerang Barcelona, Luis Suarez.

“Cardiff City bermain dalam EPL dan disaksikan 4.8 bilion penonton seluruh dunia dan mereka boleh lihat tulisan Visit Malaysia (di hadapan jersi). Kami mahu pamerkan yang kelab ini adalah pasukan dimiliki Malaysia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN