Skuad Vietnam Kongsi Imbuhan RM176K Selepas Tewaskan Malaysia

Dianggap sebagai perlawanan terpenting di dalam Kumpulan B untuk memastikan laluan selamat ke separuh akhir mampu dicapai, Park Hang-seo dan anak buahnya dilaporkan menerima imbuhan selepas menewaskan Malaysia 3-0 pada malam tadi.

Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memutuskan untuk memberikan hadiah berjumlah 1 billion dong (bersamaan RM176,092.41 kepada semua pihak yang terlibat di dalam kemenangan 3-0 ke atas Malaysia untuk terus memotivasikan pemain mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2018.

Dalam perlawanan menentang skuad Harimau Malaya pada malam tadi, skuad Vietnam menampilkan permainan meyakinkan dan menjaringkan tiga gol melalui Nguyen Quang Hai, Nguyen Cong Phuong da Nguyen Hoang Duc untuk kemenangan kedua skuad Naga Emas di Singapura.

“Pasukan Malaysia sentiasa memberi cabaran yang sukar kepada Vietnam. Saya berterima kasih kepada pemain kerana usaha mereka. Menang ke atas Malaysia cukup menggembirakan saya,” kata Park Hang-seo kepada wartawan.

Ini bukan kali pertama VFF memberi bayaran secara berperingkat kepada skuad Piala AFF mereka di Singapura. Sebelum ini skuad Vietnam turut menerima imbuhan 500 juta dong (RM91,478) selepas menewaskan Laos 2-0 dalam perlawanan pembukaan.

Kemenangan ke atas Malaysia bermakna Vietnam kini menduduki tangga kedua Kumpulan B dengan 6 mata. Skuad kendalian Park Hang-seo masih mempunyai baki dua perlawanan untuk diharungi, iaitu menentang Indonesia (15 Disember) dan Kemboja (19 Disember).

Park Hang-seo turut enggan memandang rendah Indonesia yang dikendalikan rakan senegara Shin Tae-yong, dan nekad untuk menang ke atas pasukan yang dikendalikan oleh rakan senegaranya itu nanti.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN