Skuad Piala Dunia B-20 Israel Diharamkan Jejak Kaki Ke Bali

Menjelang aksi Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang akan berlangsung tidak lama lagi di Indonesia, sudah ada tanda-tanda negatif telah diluahkan oleh penduduk sana mengenai beberapa perkara.

Antaranya, segelintir penyokong jelas tidak berpuas hati setelah mengetahui Israel menjadi antara negara yang akan menyertai saingan ini dan berkampung di Indonesia sehingga saingan tersebut tamat.

Israel menjadi salah satu pasukan yang berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia B-20 menerusi wakil daripada benua Eropah yang turut disertai oleh England, Perancis, serta Slovakia.

Sehingga kini, ada beberapa aktivis yang sudah pun melarang agar Israel tidak dibenarkan masuk, dan terbaharu Gubernur Bali iaitu Wayan Koster menghalang pasukan tersebut untuk menjejakkan kaki di kepulauan berkenaan.

Wayan Koster dilaporkan telah pun mengirimi surat rasmi mengenai bantahan untuk tidak membenarkan Israel menjejakkan kaki di Bali kepada Menteri Pemuda dan Olahraga iaitu Zainuddin Amali dengan beberapa sebab diberikan.

Dalam surat berkenaan menjelaskan salah satu sebab mereka menolak ialah kerana perbezaan fahaman politik Indonesia membabitkan antara Palestin dan Israel sejak sekian lama.

“Menerusi sudut pandangan kami, fahaman politik antara Israel kepada Palestin tidak sesuai dengan cara digunakan oleh pemerintahan Republik Indonesia,” jelas Wayan Koster dalam surat tersebut.

Malah, beliau juga menekankan aspek Indonesia yang tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik sebelum ini bersama Israel selain menerangkan unsur perbezaan fahaman politik.

“Pemerintah Bali menyatakan untuk menolak negara Israel daripada bertanding di Bali sepanjang saingan Piala Dunia ini,” jelas kenyataan itu lagi.

Apa yang dibuat oleh Wayan Koster merupakan salah satu perkara wajar dipuji kerana beliau ingin menjaga hubungan diplomatik bersama negara-negara lain di dunia selain memahami aspek sensitiviti.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklum balas mengenai surat tersebut dan dijangka Wayan Koster akan terus bertegas untuk tidak membenarkan Israel menjejakkan kaki di Bali.

Untuk rekod, Bali menjadi salah satu daripada enam lokasi yang terlibat untuk saingan Piala Dunia B-20 ini, dan dijangka ada perubahan baharu mungkin dibuat sedikit masa sahaja lagi.

Indonesia menjadi antara negara yang lantang untuk menolak Israel serta tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik bersama mereka seperti Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN