Skuad Ong Kim Swee Asah Taring Di Korea Selatan Dan China

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan melakukan persiapan rapi di Mokpo, Korea Selatan dan Nanjing, China bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan AFC Bawah 23 Tahun di Changshu dan Kunshan, China bermula 10 Januari tahun depan.

Perkara ini diumumkan oleh setiausaha agung FAM, Datuk Haji Hamidin yang berkata program latihan pusat itu telah diperkenan sendiri oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas baginda bertemu dengan Kim Swee dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selaku pengurus pasukan di Johor Bahru, Johor.

Mengikut perancangan program persiapan skuad B-23 kebangsaan ini, kem latihan pusat tempatan akan diadakan selama 20 hari di Johor Bahru bermula pada 27 November ini hingga 16 Disember dengan dua perlawanan persahabatan tempatan dijadualkan pada 9 dan 14 Disember.

Selepas itu mereka akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember yang merangkumi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa pada 22, 25 dan 28 Disember, salah satunya berkemungkinan bertemu skuad bawah 23 tahun Korea Selatan.

Skuad Sukan SEA 2017

Kemudian, skuad B-23 kebangsaan akan terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari dengan satu perlawanan persahabatan antarabangsa diatur pada 5 Januari iaitu bertemu salah satu pasukan dari kumpulan lain yang turut akan beraksi pada Kejuaraan Bawah 23 Tahun AFC 2018.

Menurut Hamidin, mereka dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari.

Hamidin turut memaklumkan program latihan pusat luar negara di Mokpo, Korea Selatan dan Nanjing, China itu direalisasikan berdasarkan hubungan rapat DYAM Tunku Presiden dengan Presiden Persatuan Bolasepak Korea (KFA), Chung Mong Gyu dan juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak China (CFA), Zhang Jian.

“KFA akan menanggung semua kos latihan, penginapan dan makan minum sepanjang dua minggu skuad B-23 kebangsaan berada di Mokpo dan begitu juga yang diberikan CFA sepanjang seminggu kem latihan di Nanjing.

“Semoga dengan segala perancangan dan inisiatif yang dilakukan oleh DYAM Tunku Presiden ini, skuad B-23 kebangsaan dapat mempersiapkan diri dengan sempurna dan seterusnya mampu mempamerkan aksi terbaik pada Kejuaraan B-23 AFC 2018 itu nanti,” katanya melalui laman web rasmi FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN