Skuad Negara Raih Kemenangan 2-0 Bertemu Nepal, Corbin-Ong Buat Penampilan Sulung

Skuad negara

Skuad negara meraih kemenangan 2-0 keatas Nepal pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perlawanan bertemu skuad di ranking ke-161 dunia itu menyaksikan penampilan sulung buat pemain kacukan yang beraksi untuk Johor Darul Ta’zim, La’Vere Corbin-Ong.

Aksi 45 minit pertama bagaimanapun sekadar terikat tanpa jaringan walaupun anak buah Tan Cheng Hoe menjelmakan beberapa peluang menarik ke kubu Nepal.

Serangan bertali arus dihasilkan terutamanya menerusi Safawi Rasid berjaya dinafikan penjaga gol Nepal, Kiran Chemjong yang cemerlang mengawal gawangnya dari dibolosi.

‘Hujan’ serangan skuad negara bermula setelah Shahrul Mohd Saad menguji gawang pasukan pelawat menerusi percubaan jarak dekat selepas menerima hantaran sepakan sudut Safawi tetapi Kiran tidak bermasalah menghalang percubaan minit awal permainan itu.

Lima minit kemudian, tolakan Syazwan Zainon selepas menerima hantaran lintang dari sebelah kini pintu gol Nepal pula hanya terkena tiang gol.

Dua percubaan dalam tempoh dua minit oleh Safawi Rasid juga digagalkan dek ketangkasan Kiran yang lebih bersedia di gawangnya.

Selepas teruk ditekan skuad negara, Nepal cuba bangkit untuk mencipta gerakan dan memiliki peluang terbaik pada minit ke-28.

Bermula dari tumbukan Farizal Marlias yang terus ke kaki Sujal Shrestha ketika situasi sepakan percuma, beliau kemudiannya melakukan percubaan membias mengenai Adam Nor Azlin lalu bola singgah di tiang gol lalu dikeluarkan pertahanan negara.

Gol yang dinantikan skuad negara akhirnya menjelma pada minit ke-51 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Safawi.

Sepakan itu dihadiahkan selepas pemain gantian, Akhyar Rashid dikasari pertahanan Nepal, Ananta Tamang dalam kawasan penalti.

Shahrul Saad yang berjaya menyelamatkan satu keadaan berbahaya dilancarkan Nepal menambah jaringan kedua pada minit ke-82 setelah menanduk masuk bola berikutan sepakan percuma cantik diambil Nor Azam Azih.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan walaupun Nepal memiliki peluang terbaik merapatkan kedudukan pada masa kecederaan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN