Skuad Negara Umum Senarai 23 Pemain, Pemain Perak Kuasai Senarai

Skuad 23 pemain untuk pasukan negara telah pun diumumkan sebentar tadi dengan menyaksikan pemain Perak menguasai senarai – memetik sumber dari Arena Harimau Malaysia.

Skuad yang dipanggil ini akan menjalani latihan pusat menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara.

Perubahan di gawang

Antara yang menarik perhatian kami adalah perubahan di bahagian gawang selepas menyaksikan muka-muka lazim seperti Khairul Fahmi dan juga Farizal Marlias tidak dipanggil kali ini.

Skuad negara memanggil Khairul Azhan (Selangor) serta penjaga gol Perak iaitu Hafizul Hakim dan juga penjaga gol FELDA United, Farizal Harun turut dipanggil kali ini.

Selain itu, pasukan negara hanya memanggil 3 penyerang sahaja untuk tugasan antarabangsa kali ini.

Amri Yahyah (Melaka United), Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan juga Safee Sali (PKNS FC) dipanggil untuk menerajui barisan serangan Malaysia.

Gambar: Dzufadli Azim/Asiana

Dalam masa yang sama, seperti yang kami beritahu tadi. Pemain Perak menguasai senarai skuad kali ini dengan 6 pemain.

Ia diikuti Kedah dengan 5 pemain dipanggil, berikut adalah pecahan bilangan pemain mengikut pasukan yang diwakili:

  • Perak (6 pemain)
  • Kedah (5 pemain)
  • Selangor, JDT, FELDA United, Pahang, Melaka United (2 pemain)
  • Sarawak, PKNS FC (1 pemain)

Berikut merupakan senarai penuh 23 pemain negara yang dipanggil ke skuad kebangsaan:

Penjaga gol

  • Hafizul Hakim (Perak)
  • Khairul Azhan (Selangor)
  • Farizal Harun (FELDA United)

Pertahanan

  • Shahrom Kalam (Perak)
  • Nazirul Naim (Perak)
  • Khairul Helmi Johari (Kedah)
  • Rizal Ghazali (Kedah)
  • Fadhli Shas (JDT)
  • Matthew Davies (Pahang)
  • Afif Amiruddin (Pahang)
  • Khair Jones (Melaka United)
  • Ronny Harun (Sarawak)

Pemain tengah

  • Shahrul Saad (Perak)
  • Nasir Basharuddin (Perak)
  • Zaquan Adha (Perak)
  • Baddrol Bakhtiar (Kedah)
  • Akram Mahinan (Kedah)
  • Syazwan Zainon (Kedah)
  • Hadin Azman (FELDA United)
  • S. Veenod (Selangor)

Penyerang

  • Ahmad Hazwan Bakri (JDT)
  • Amri Yahyah (Melaka United)
  • Safee Sali (PKNS FC)

Baca juga: Thomas Tuchel: “Aubameyang Jaring Hatrik Tepat Pada Masanya!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN