Skuad Malaysia Bawah 23 Mungkin Akan Guna 3 Pemain Pertahanan

Ketua Jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui belum bersedia untuk mengubah penggunaan tiga pemain pertahanan seperti yang diamalkan ketika temasya Sukan SEA.

Beliau dikatakan mahu menerapkan sistem sama apabila anak buahnya beraksi di Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC di China, Januari nanti.

Taktikal di benteng pertahanan yang diamalkan Kim Swee itu terbukti berkesan apabila Malaysia mara ke final Sukan SEA tetapi tewas 0-1 di tangan Thailand, Ogos lalu tetapi sepanjang enam perlawanan, mereka hanya sekali berjaya menghalang lawan daripada menjaringkan gol.

Namung begitu, Malaysia akan berdepan lawan yang lebih sukar seperti Arab Saudi, Iraq dan Jordan di dalam Kumpulan C di kejohanan Bawah 23 Tahun itu nanti.

“Buat masa ini, ya. Tetapi saya juga ada pelan tambahan yang menggunakan empat atau lima pemain pertahanan,” katanya kepada berita harian.

“Ia bergantung kepada situasi dan kualiti pemain yang saya ada serta pemahaman mereka terhadap sistem yang mahu saya gunakan,” jelasnya.

Bintang muda negara, Akhyar Rashid turut dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun. (Gambar : FAM)

Kim Swee meletakkan Adam Nor Azlin, Adib Zainuddin serta Irfan Zakaria sebagai benteng pasukan sambil dibantu pemain sayap, Matthew Davies dan Syazwan Andik Ishak ketika dalam saingan sukan SEA 2017.

Daripada tiga pemain berkenaan, hanya Adib yang bermain sebagai pemain pertahanan tengah di Felcra United manakala Adam lebih bebas bergerak di Selangor sambil Irfan bermain selaku pemain tengah bertahan di Kuala Lumpur.

Begitupun, Kim Swee tetap mempunyai pilihan sama ada menurunkan Syazwan Zainol Bahari, Dominic Tan dan A Shivan Pillay di bahagian pertahanan tengah.

“Sistem ini memberikan kami lebih pilihan di bahagian pertahanan dan kemampuan untuk menggerakkan bola secara lebih bebas selain boleh membantu pemain tengah,” kata Kim Swee.

“Gol yang dijaringkan pasukan lawan di Sukan SEA bukan disebabkan mereka mengambil kesempatan atas kelemahan sistem kami tetapi ia berlaku gara-gara kesilapan kami sendiri. Justeru, saya tidak bimbang.”

Kim Swee merancang untuk memulakan latihan taktikal minggu depan sebelum anak buahnya mengharungi perlawanan persahabatan menentang Petaling Jaya Rangers pada 9 Disember.

“Kami masih menumpukan perhatian kepada tahap kecergasan pemain sebelum melaksanakan latihan taktikal minggu depan,” katanya. “Ini adalah kali pertama kami akan bermain di peringkat tinggi di Asia. Justeru, saya semua pemain sedia memberikan persembahan terbaik.” – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN