Quantcast

BERITA

Skuad Malaysia B-18 Uji Kemampuan Di Jepun

Skuad B-18 kebangsaan kendalian Bojan Hodak berlepas dari Wisma FAM, Kelana Jaya ke KLIA, Sepang semalam sebelum terbang ke Fukuoka, Jepun bagi menghadapi Piala Sanix 2018 dari 15 hingga 18 Mac 2018.

Menurut Bojan, skuad negara tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam kejohanan itu dan sekadar mahu menilai kemampuan pemainnya di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini skuad itu menempuh dua perlawanan persahabatan di Singapura, jurulatih kelahiran Croatia itu mahu melihat prestasi pemainnya berdepan pasukan yang lebih kuat di Jepun.

“Memandangkan ini kali pertama saya dapat mengumpulkan mereka bersama, saya tidak letak sasaran tertentu kecuali melihat sejauh mana mereka bertindak balas dan buat keputusan lebih cepat atau gagah menangani cabaran antarabangsa.

“Kami akan tahu siapa boleh bermain di tahap tinggi dan siapa tidak. Lebih banyak perlawanan akan diadakan sebagai pendedahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Skuad bawah 18 tahun negara dijangka akan menentang beberapa pasukan akademi terbaik Jepun seperti Tokio FC, Maebashi Iukei dan Ohzu.

Skuad yang dibarisi pemain pasukan Piala Presiden dan Belia negeri dan kelab itu berjaya mengikat skuad Bawah 19 (B-19) tahun Singapura 1-1 sebelum menjinakkan kelab Balestier Khalsa 1-0 di republik itu.

Dua anggota skuad ini, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan A. Shivan Pillay turut pernah menyertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang mara ke suku akhir Kejohanan Bawah 23 (B-23) AFC2018 di China, Januari lalu.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-18 di Singapura. FOTO: FAM

Kejohanan di Jepun turut menjadi medan untuk Bojan menyerapkan dua atau tiga pemain yang terbaik ke dalam skuad Bawah 19 Tahun negara menjelang Kelayakan B-19 AFC 2018 di Indonesia, Oktober ini.

“Jika mereka dapat buktikan diri yang terbaik dalam kalangan umur ini, mereka akan masuk skuad B-19. Cuaca sejuk di sana akan berikan pengalaman yang bagus.

“Mungkin ada dua tiga yang berbakat untuk ke Kejohanan AFF (Julai) dan Kelayakan AFC itu,” katanya.

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!