Skuad Liga Super Kedah baru-baru ini telah menghadiri majlis berbuka puasa sebagai mengisi jadual mereka ketika bulan Ramadhan.
Menurut laman Facebook mereka, skuad Kedah telah memenuhi jemputan untuk ke majlis berbuka puasa dan sumbangan yang dianjurkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).
SADA merupakan badan yang menguruskan urusan bekalan air di Kedah dan dalam masa yang sama mereka juga adalah penaja bagi pasukan Kedah.
Majlis yang diadakan di bangunan SADA itu menyaksikan program penyerahan sumbangan kepada pertubuhan yang diberi nama sebagai Yayasan Bunga Raya.
Majlis berbuka puasa tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemain seperti Fitri Omar dan juga penjaga gol mereka – Farhan Abu Bakar.
Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa dif-dif kehormat pada seperti Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato Badrol Hisham Hashim dan juga CEO bagi SADA – Dato Abdul Ghani Zainuddin.
Barisan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut hadir bagi memenuhi jemputan.