“Skuad Jepun Sekarang Tiada Siapa Pun Yang Kenal”

Bekas penyerang skuad Piala Dunia Jepun, Yoshito Okubo, menggelar skuad Jepun yang bertanding dalam Kejohanan EAFF Asia Timur 2015 sebagai ‘skuad pemain-pemain tak terkenal’ dan mengaku tidak terkejut pun dengan prestasi buruk mereka dalam kejohanan tersebut.

11224645_1107061045974717_689724520876968987_o

Jepun hanya mampu seri 2 kali (1-1 menentang China dan Korea Selatan) dan kalah 1-2 kepada Korea Utara.

Pengurus Jepun, Vahid Halilhodzic telah bereksperimen dengan menamakan 23 pemain dari J League (J1 dan J2) untuk kejohanan tersebut.

Walaupun Okubo telah muncul sebagai penjaring terbanyak J1 sebanyak 2 musim berturut-turut dan sekarang masih antara penjaring terbanyak J1 ketika ini dengan 14 gol, beliau masih belum menemui tempat dalam skuad Halilhodzic.

Penyerang Kawasaki Frontale ini dipanggil pada saat-saat terakhir untuk menyertai skuad kebangsaan ketika kempen Piala Dunia 2014 di Brazil yang lepas. Itu adalah kemunculan pertama Okubo dalam skuad Jepun sejak kali terakhir muncul pada 2010.

Okubo lantang mengkritik persembahan skuad Jepun dan menegaskan Halilhodzic mesti bertanggungjawab atas persembahan pasukan yang dipilihnya.

‘Keputusan buruk itu memang kena dengan (kualiti) skuad Jepun ketika ini.”

“Ada orang yang melihat senarai nama pemain Jepun dan berkata: siapa mereka ini? Sebab itulah saya tak hairan dengan persembahan buruk mereka”.

“Saya patut dipanggil masuk (dalam skuad Jepun di EAFF). Bukan saya saja. Ramai lagi pemain J League lain yang rasa mereka patut berada di sana.”

Salahkan JFA atas persembahan buruk Jepun di Piala Dunia 2014

Ketika kempen Piala Dunia 2014 yang lepas, Okubo berada di bangku simpanan sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Jepun kalah 1-2 pada perlawanan pembukaan menentang Ivory Coast. Beliau kemudiannya bermula sebagai kesebelasan utama ketika Jepun seri 0-0 menentang Jepun dan kalah 1-4 menentang Colobia.

Penyerang 33 tahun yang sudah mengumpul 60 caps ini menyalahkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) atas persembahan buruk Jepun ketika kempen Piala Dunia 2014.

“Saya patut dipanggil lebih awal ke skuad kebangsaan. Saya rasa ada pihak tertentu di JFA yang memberi arahan untuk tidak memanggil saya ke skuad kebangsaan.”

“Saya beritahu apa yang terbuku dalam hati saya dan saya tahu JFA tak suka pemain yang macam itu.”

“Saya dah tak masuk ke skuad kebangsaan selama 4 tahun dan saya perlukan masa untuk berlatih dengan pemain lain. Saya tak boleh bermain secara serasi dengan mereka. Saya terpaksa fokus kepada persembahan saya sahaja.”

“Sebelum Piala Dunia 2014, kami tak banyak berlawan dengan pasukan kuat pun. Kami banyak menang, jadi kami ingat kami kuat. Kami silap sebenarnya.”

Mahu pergi ke Piala Dunia 2018

Bagaimanapun Okubo masih menyimpan harapan untuk menyarung jersi Samurai Biru lagi. Dia percaya dia mampu bersaing untuk merebut tempatnya dalam skuad 23 pemain Piala Dunia 2018 di Russia.

“Saya masih mahu main untuk skuad kebangsaan. Saya mahu terus menang dan teruskan apa yang saya dah lakukan. Saya menyasarkan tempat dalam skuad Piala Dunia 2018. Jika semuanya berjalan lancar, saya rasa saya boleh buat.”

Dari Vissel Kobe ke Kawasaki Frontale

Tempat Okubo dalam skuad Piala Dunia 2014 diraihnya selepas persembahan memberangsangkan di depan gol untuk Kawasaki Frontale, kelab di mana beliau mencipta nama sebagai mesin jaringan selepas berpindah dari Vissel Kobe pada awal 2013.

Di Kobe, sentuhan jaringan Okubo terus berkarat selepas gagal di Real Mallorca dan Wolfsburg.

Apabila mengimbas kembali perpindahannya ke Frontale, di mana beliau sudah menjaringkan 58 gol daripada 86 perlawanan, Okubo menjawab:

“Saya tak fikir apa-apa pun. Saya tahu jika saya kekal di Kobe, karier saya akan berakhir. Saya tak boleh tolak tawaran mereka (Kawasaki Frontale). Mereka adalah pasukan menyerang, jadi saya senang menyesuaikan diri.”

Tawaran ke FC Tokyo

Bagaimanapun kelahiran semula Okubo di Frontale masih tidak menghalang niatnya untuk mencuba nasib di kelab lain. Tawaran dari FC Tokyo pada akhir musim lepas hampir menarik minatnya.

“Saya dah terfikir nak pergi (ke FC Tokyo). Saya suka cabaran. Jadi apabila datang tawaran yang menawarkan cabaran yang bagus, saya tertarik dengannya.”

“Tetapi kekal di sini (Frontale) bersama rakan-rakan sepasukan adalah sebab utama saya mahu kekal di sini. Saya mahu menjadi juara liga dengan mereka. Saya tak akan menyesal. Saya seronok di sini.”

Baca juga: PEMAIN IMPORT JEPUN INI DEDAH KELEMAHAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Like J League Malaysia di Facebook untuk mendapatkan info terkini mengenai J League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN