Skuad Harimau Malaya Mulakan Persiapan Hadapi Singapura

Semalam merupakan hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe di Padang B, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, dan disertai seramai 22 pemain termasuk beberapa muka baharu antaranya Faiz Nasir, Abdul Halim Saari, Firdaus Saiyadi, Hafiz Ramdan dan Nicholas Swirad.

Manakala dua pemain JDT iaitu Ahmad Hazwan Bakri dan Syazwan Andik Ishak serta pemain Pahang, Matthew Davies akan menyertai pasukan, hari ini bagi melengkapkan senarai 25 pemain yang dipanggil kali ini.

Malaysia dijadualkan bertemu Singapura bagi aksi pertama Piala AIRMARINE pada 20 Mac 2019, jam 8.45 malam sebelum berdepan Oman atau Afghanistan pada 23 Mac 2019 untuk aksi final atau perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat.

FOTO: FAM

Kelibat pemain pertahanan kacukan Malaysia-England, Nick Swirad paling mencuri tumpuan dalam sesi latihan semalam. Swirad berharap dapat mengikut jejak langkah Matthew Davies untuk menjadi pemain berdarah campuran paling berjaya dalam skuad kebangsaan.

“Saya sudah beraksi selama dua tahun dalam Liga Super dan sudah mula mengenali pemain tempatan. Saya menyedari mereka adalah pemain yang baik dan tahu apa yang telah dilakukan mereka dalam kejohanan sebelum ini.

“Ia sudah pasti di luar ruang selesa saya, namun saya akan mencabar diri untuk memberikan yang terbaik,” katanya dalam Stadium Astro.

Swirad, bagaimanapun tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya akan memberikan aksi terbaik jika diturunkan dalam kesebelasan utama.

Nick Swirad menjalani latihan dengan rakan sepasukan semalam. FOTO: FAM

“Ia sama sahaja. Pasukan ini telah beraksi baik dalam Piala Suzuki AFF. Jika kehadiran saya dapat memberikan impak positif dalam pasukan, saya bersedia untuk melakukannya.

“Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa. Saya hanya mahu berusaha keras dan memberikan yang terbaik buat pasukan,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN