Skuad Harimau Malaya Bakal Hadapi Enam Perlawanan Pemanas Badan Menjelang Aksi Piala AFF 2018

Piala AFF 2018

Skuad negara bimbingan Tan Cheng Hoe bakal melalui enam perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menjelang Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung pada 8 November.

Kenyataan mengenai pengumuman dari Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin itu dikeluarkan di laman Facebook rasmi FAM sebentar tadi.

Menurut Dato’ Haji Hamidin, skuad Harimau Malaya akan mengadakan tiga perlawanan di laman sendiri manakala tiga lagi perlawanan di tempat lawan.

Perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung adalah menentang Fiji pada 5 Julai 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kemudiannya pada bulan September, anak buah Tan Cheng Hoe akan terbang ke dua buah negara untuk bertemu Chinese Taipei (7 September) dan Kemboja pada 10 September.

Dua lagi perlawanan akan diadakan pada bulan Oktober dengan Sri Lanka akan menjadi lawan yang bakal ditentang pada 12 Oktober di Colombo manakala kembali ke Kuala Lumpur untuk bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil (16 Oktober).

Terdapat satu lagi perlawanan yang bakal dirangka oleh FAM sebagai ujian terakhir buat Tan Cheng Hoe bersama barisan kejurulatihan bagi menganalisis aksi anak buahnya serta persiapan terakhir sebelum menghadapi saingan Piala AFF 2018.

Aksi tersebut dirancangkan pada 3 November, namun pasukan lawan masih belum dapat dipastikan bagi aksi yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur itu.

Malaysia yang merupakan juara Piala AFF 2010 bakal berdepan cabaran Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos dalam usaha meraih gelaran juara buat kali kedua dalam sejarah kejohanan tersebut.

Foto: FAM

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN