Skuad Futsal Negara Garang Tundukkan New Caledonia 5-0

Futsal Negara

Skuad futsal negara mencatatkan kemenangan 5-0 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu New Caledonia yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.

Skuad bimbingan Chiew Chun Yong yang kini menduduki tangga ke-57 ranking dunia itu berjaya membuka tirai jaringan pada minit pertama menerusi pemain muda, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir.

Pemain berusia 19 tahun itu melepaskan rembatan dalam kawasan penalti yang terus mengecewakan penjaga gol New Caledonia, Rene Tasman.

Kedudukan berubah dua minit kemudian apabila lorongan cantik daripada Saiful Nizam Mohd Ali disudahkan dengan baik pemain lincah, Mohd Ridzwan Bakri.

Saiful Nizam yang bertindak selaku kapten pada perlawanan ini kemudiannya mencetak nama selaku penjaring selepas ledakannya pada minit ke-12 menggegarkan jaring gol pasukan lawan.

Memasuki babak kedua, skuad negara menambah dua lagi jaringan menerusi Abu Haniffa Hassan pada minit ke-21 dan 40 hasil dua umpanan menarik daripada Saiful Nizam.

New Caledonia berusaha keras untuk mendapatkan jaringan tetapi penjaga gol negara, Azrul Hadee Mohd Taufiq dan Syafiq Hamzah kental mengawal gawang mereka daripada dibolosi.

Kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi di gelanggang yang sama pada hari Rabu ini untuk aksi kedua pada jam 8.30 malam.

Pemain terbaik perlawanan pilihan SemuanyaBOLA : Saiful Nizam Mohd Ali

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN